Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kedai Roti Di Lubnan...

BEIRUT: Lebih banyak kedai roti di selatan Lubnan akan menggantung perniagaan di tengah-tengah...

RM4 Juta Untuk Hapus...

PASIR PUTEH - Jabatan Pertanian memperuntukkan sebanyak RM4 juta mulai tahun ini bagi...

Polis Tahan 20 GRO...

GEORGE TOWN - Polis menahan 20 wanita warga asing yang dipercayai pelayan pelanggan...

22 PATI Indonesia Ditahan...

TAWAU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau menahan 22 pendatang asing tanpa izin...

Jadi ‘Jaga’ Kebun Durian Elak Kecurian

JERANTUT – Permintaan tinggi durian ketika ini mendorong pemilik kebun buah itu mengambil langkah berjaga-jaga mengawasi hasil mereka daripada dicuri.

Kebimbangan itu ekoran ada pihak sanggup mencuri durian di dusun milik orang lain dan menjualnya untuk mendapatkan keuntungan dengan mudah.

Penduduk Kampung Ulu Cheka, dekat sini, Abdul Azim Abdul Ghani 21, berkata, dia membina pondok sementara dan tidur dalam kebun milik bapanya sejak dua minggu lalu, bagi mengelak durian yang gugur pada waktu malam dicuri.

Beliau berkata, kebun durian milik keluarganya seluas empat hektar dan mempunyai 50 pokok durian itu terletak dua kilometer dari rumahnya.

Katanya, sejak seminggu lalu dipercayai ada pihak yang masuk kebun bapanya pada waktu malam untuk mencuri durian kerana setiap kali dia ke kebun pada waktu pagi untuk mengutip durian, tidak ditemui langsung buah itu yang gugur.

“Ada penduduk kampung memberitahu mengenai kegiatan curi durian di kebun bapa pada waktu malam… jadinya saya mengambil keputusan bina pondok sementara.

“Saya bergilir dengan ayah tidur dalam pondok untuk jaga kebun dan kutip buah yang gugur,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Abdul Azim berkata, setiap hari selepas solat Isyak, dia yang ditemani rakan sekampung datang ke kebun untuk menjaga dan mengutip durian sehingga Subuh.

“Bila dengar durian gugur, saya akan terus cari dan bawa ke pondok. Kalau lambat ambil, buah mungkin akan dimakan binatang seperti babi dan musang.

Abdul Azim berkata, harga durian yang ada berbeza-beza mengikut jenis dan dijual pada harga RM4 hingga RM8 sekilogram bergantung kepada jenis.

“Setiap hari, dianggarkan 30 hingga 50 durian dijual dan hasil jualan boleh mencecah antara RM300 hingga RM500 sehari,” katanya. – BH ONLINE

Kategori