• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IWK Berdepan Kenaikan Kos

oleh Ahmad Albab
24/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) bakal berdepan kenaikan kos utiliti sebanyak RM257.3 juta setahun berbanding RM250 juta ketika ini, selepas mekanisma Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) dilaksanakan Suruhanjaya Tenaga.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Faizal Othman, berkata kesan kenaikan kos itu bagaimanapun tidak boleh disalurkan kepada pelanggan memandangkan tarif pembetungan dikawal kerajaan.

“Dengan tarif semasa, walaupun dengan kutipan 100 peratus, IWK tidak mampu menampung kos operasi. Disebabkan itu, IWK percaya dengan keperluan untuk mengkaji semula tarif pembetungan bagi mencerminkan kos penyediaan perkhidmatan, yang mana pelanggan perlu dikenakan caj mengikut penggunaan air sebenar mereka,” katanya kepada NSTP.

Berdasarkan pengumuman TNB membabitkan surcaj ICPT sebanyak 1.35 sen bagi setiap KWH, ia dijangka meningkatkan kos penggunaan elektrik sebanyak tiga peratus setiap tahun iaitu peningkatan sekitar RM3.65 juta mulai 1 Julai hingga akhir tahun ini.

Dengan kos penggunaan elektrik menyumbang 31.2 peratus kepada kos operasi keseluruhan IWK, Faizal menjelaskan, mekanisme praktikal adalah menyelaras semula tarif menerusi tarif volumetrik.

“Terdapat keperluan mendesak untuk mengkaji semula tarif pembetungan,” katanya.

Faizal berkata, penggunaan elektrik IWK yang tinggi adalah disebabkan oleh proses dan peralatan teknologi tinggi untuk memastikan perkhidmatan memenuhi standard yang optimum dan kualiti tinggi.

“IWK melaksanakan inisiatif penjimatan tenaga, namun kos operasi kami masih meningkat disebabkan kadar penggunaan elektrik yang tinggi daripada loji rawatan air tidak terkawal,” katanya.

Beliau menjelaskan, antara faktor lain menyebabkan peningkatan kos operasi adalah pembatalan Tarif Perindustrian Khas (SIT) oleh Suruhanjaya Tenaga untuk loji pembetungan, ancaman luaran dan risiko termasuk kecurian, vandalisme, sambungan haram, limpahan kumbahan, kerosakan pembentung.

“Tarif kumbahan di Malaysia adalah antara terendah di dunia dan penubuhan IWK pada 1994, tarif tidak pernah dinaikkan,” katanya.

Faizal berkata, kos operasi bagi setiap isu rumah adalah sekitar RM20 sebulan, namun tarif dikenakan hanya RM8 sebulan, di mana kerajaan memberikan rakyat subsidi.

“Sejak 2001, IWK menerima subsidi terkumpul RM2.41 bilion. Berdasarkan Indeks Harga Pengguna (CPI), caj RM8 setakat akhir 1994 menjadi RM14.38 setakat Disember 2017,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, IWK memohon tarif khas yang merangkumi peningkatan kos penggunaan elektrik kepada IWK, jika kerajaan tidak meluluskan kenaikan tarif pembetungan baru. – BH ONLINE

Tags: Indah Water Konsortiumkos
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gazidis Bakal Tinggalkan Arsenal, Sertai AC Milan

Next Post

Konsert Terakhir Altimet Pada Usia 40 Tahun

Related Posts

Kos PRU15 Dijangka Cecah Lebih RM1 Bilion

Kos PRU15 Dijangka Cecah Lebih RM1 Bilion

20/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Kos penganjuran pilihan raya umum (PRU) kebiasaannya hanya membabitkan perbelanjaan sekitar ratusan juta sebelum ini, namun PRU...

Menteri: RM411 Juta Kos Bina Kemudahan Sukma 2026 Di Kelantan

19/04/2022
0

Jumlah keseluruhan kos bagi pembinaan kemudahan dan fasiliti untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Kelantan bernilai sekitar RM411 juta, kata...

Next Post

Konsert Terakhir Altimet Pada Usia 40 Tahun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd