• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu UEC, Jaminan Menteri Belum Memadai

oleh Haris
19/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERTUBUHAN Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) dan gabungan 300 pertubuhan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) memandang positif kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang mengatakan pengiktirafan sijil peperiksaan bersepadu akan dikaji dahulu.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengerusi Mappim dan Ummah, Mohd Zai Mustafa melihat pendirian menteri pendidikan itu sebagai satu kejayaan dalam usaha menekan kerajaan supaya membatalkan keputusan mengiktiraf UEC sebagai syarat memasuki universiti.

Menurutnya, pendirian Maszlee itu menunjukkan menteri terbabit menunjukkan respons terhadap rancangan perhimpunan besar-besaran yang dijadualkan pada 28 Julai nanti.

Bagaimanapun, menurut Mohd Zai, pendirian akan mengkaji dahulu pengiktirafan UEC itu masih belum mencukupi.

“Pendirian beliau bahawa UEC akan dikaji dan tidak terburu – buru untuk diiktiraf masih tidak cukup untuk meyakinkan gerakan himpunan bantahan daripada rakyat berhenti untuk berhimpun,” tegasnya.

Gabungan pertubuhan terbabit menegaskan yang menteri pendidikan mesti menolak sepenuhnya UEC dan tidak akan mengiktirafnya.

“Mappim dan Ummah dengan tegas menyatakan bahawa menteri pendidikan mesti tegas menolak sepenuhnya untuk tidak mengiktiraf UEC pada masa sekarang dan juga sampai bila-bila pada masa akan datang kerana UEC bercanggah dengan sistem pendidikan negara.

“Mappim dan Ummah juga memberi amaran keras kepada kepada
mana-mana pihak yang tertentu supaya jangan cuba memaksa kerajaan dan kementerian pendidikan untuk mengiktiraf UEC dalam kerangka sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan tekanan politik dan juga dengan mempolitikkan sistem pendidikan negara,” tegasnya.

Perhimpunan yang dijadual pada 28 Julai itu juga akan tetap diteruskan “sehingga dapat mempastikan bahawa UEC akan terus ditolak sepenuhnya daripada sistem pendidikan kebangsaan.”

“Mappim dan Ummah juga memberi amaran kepada NGO pendidikan yang tertentu supaya jangan mempolitikkan isu UEC atas nama keadilan pendidikan serta menggunakan tekanan politik dalam kerajaan dengan memaksa sistem pendidikan sekolah cina dan UEC kedalam sistem pendidikan negara,” tegasnya lagi, dipercayai merujuk kepada pertubuhan pendidikan Cina yang melobi supaya UEC diiktiraf sebagai syarat kemasukan ke universiti.

Tags: MappimMenteri PendidikanUECUmmah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan...

25 Sungai Di Malaysia Tercemar Kelas 3 Dan 4

Menteri Pendidikan Akan Jumpa PIBG Dari 11 Sekolah Cina – Fahmi

06/06/2024
0

SUNGAI BAKAP - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalannya, Wong Kah Woh akan bertemu dengan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd