• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Ramasamy Diserahkan Kepada Polis – Chow

oleh
28/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan campur tangan dalam isu Timbalan Ketua Menteri 11 Prof P. Ramasamy yang dikaitkan dengan dakwaan mempunyai kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil (LTTE).

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata perkara itu tidak perlu dilanjutkan dan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk melakukan siasatan.

“Tidak perlu campur tangan. Polis sudah campur tangan. Biar polis membuat kerja mereka, ” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis graduasi Penang Skills Development Centre (PSDC) di sini hari ini.

Chow diminta mengulas tentang dua kumpulan yang mengadakan demonstrasi terhadap Ramasamy di hadapan bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) semalam.

Satu kumpulan demonstrasi itu pada Jumaat yang dihadiri kira-kira 50 penyokong menyatakan pendirian mereka menyokong Ramasamy serta turut mengadakan solidariti kepada timbalan ketua menteri itu yang dianggap ” pengganas” oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Manakala kumpulan kedua terdiri daripada 300 orang dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam menyuarakan bantahan dan menyerahkan memorandum bagi meminta Ramasamy meletakkan jawatan jika tidak dapat memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan LTTE.

Ditanya adakah beliau (Chow) sudah melihat memorandum yang diserahkan oleh kumpulan NGO itu, Chow berkata ” belum sempat melihatnya”.

Ramasamy sebelum ini dilaporkan berkongsi gambarnya bersama anggota LTTE dikenali sebagai Vaiko atau V. Gopalasamy. Melalui keterangan gambar yang dimuat naik di laman Facebook Ramasamy, kehadiran Vaiko di Pulau Pinang adalah sebagai memenuhi undangan majlis perkahwinan.

Susulan penularan gambar itu yang tular di media sosial telah menimbulkan dakwaan ahli politik DAP itu mempunyai hubungan dengan kumpulan di Sri Lanka yang dianggap sebagai pengganas oleh beberapa negara.

Selain itu pelbagai pihak tampil membuat laporan dan lebih 50 laporan polis terhadap Ramasamy dibuat kerana dikatakan menyokong kumpulan pengganas LTTE. – BERNAMA

Tags: P. Ramasamy
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Tamak, Egoistik, Tiada Integriti – Ramasamy

26/02/2020
0

PETALING JAYA - Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy menyelar Azmin Ali berhubung pembabitannya dalam rundingan dengan ahli...

Siasatan Ke Atas Ramasamy Berhubung LTTE Masih Berjalan

28/01/2020
0

PETALING JAYA - Polis berkata pihaknya belum dapat memuktamadkan siasatan ke atas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd