• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismail Omar Diterima Masuk Sebagai Peguam

oleh Ahmad Albab
13/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

Ismail, 65, yang kini, Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) yang dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian dari Universiti Islam Antarabangsa merupakan pempetisyen paling kanan dari segi usia yang diterima masuk dan didaftar sebagai peguambela dan peguamcara di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nordin Hassan.

Pada majlis itu, peguam Datuk Khairul Anwar Rahmat selaku tenaga pengajar menyarungkan jubah peguam kepada Ismail selaku pelajarnya sebagai simbolik beliau (Ismail) kini adalah pegumbela dan peguamcara.

Terdahulu, peguam pengusul Mad Diah Endut membacakan petisyen Ismail bagi memperkenalkan latar belakangnya selaku pempetisyen.

Mad Diah berkata: Pempetisyen (Ismail), merupakan anak kelima daripada 10 beradik kepada pasangan Allahyarham Omar Rahman dan Hasnu Ariffin dan telah mengikut jejak langkah ayahnya menjadi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Peguam pengusul itu berkata kerjaya pempetisyen dalam PDRM bermula di Maktab Polis Kuala Kubu Bahru pada 1971 sebagai Inspektor Pelatih dan setelah menamatkan latihan pada 1972, kariernya bermula sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah di Ibu Pejabat Polis, Seremban sebelum beliau menyandang jawatan sebagai Ketua Polis Negara yang kesembilan pada 13 Sept 2010.

Mad Diah berkata pempetisyen turut dikenali sebagai seorang ketua polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin dalam kalangan pegawai dan anggota bawahannya dan antara kenangan pempetisyen semasa menyandang jawatan Ketua Polis Negara ialah apabila pasukan keselamatan negara berjaya menumpaskan ancaman pencerobohan Sulu di Lahad Datu pada 2013 dan kejayaan PDRM dalam siasatan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di Morib, Selangor pada 2010.

“Selepas tamat perkhidmatan dalam PDRM pada 17 Mei 2013, pempetisyen telah dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Perancis dari 2013 hingga 2015,” katanya yang turut memaklumkan pempetisyen telah menamatkan latihan dalam kamar di bawah tunjuk ajar pengajarnya, Datuk Khairul Anwar Rahmat di Tetuan Khairul A. & Co.

Petisyen untuk diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara itu tidak mendapat bantahan daripada Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ismail yang ditemani isterinya Puan Sri Suriati Md Sobri ketika ditemui pemberita berkata beliau akan meneruskan khidmatnya kepada orang ramai sebagai peguambela dan peguamcara demi keadilan.

“Mungkin juga saya akan melibatkan diri dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tanpa kepentingan apa-apa…semata-mata demi membantu bangsa sejagat dan untuk membantu mereka yang lemah dan mereka yang tidak berpeluang untuk mempertahankan hak-hak mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: PeguamTan Sri Ismail Omar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd