Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Jangkitan Influenza: Pemain JDT...

KUALA LUMPUR - Seramai 17 pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Perkeso Bayar Lebih RM2.7...

MELAKA - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengeluarkan bayaran faedah lebih RM2.7 bilion kepada...

Tugas Berat Lukaku Sehingga...

JOSE Mourinho dilapor telah memberitahu Romelu Lukaku apa yang perlu dilakukan sehingga Januari...

Salah Guna Dadah Sumbang...

ALOR SETAR - Kes penyalahgunaan dadah yang semakin membimbangkan di negeri ini adalah...

Identiti Mangsa 9/11 Disahkan Selepas 17 Tahun

NEW YORK – Identiti seorang pekerja kewangan yang terbunuh dalam tragedi 11 September akhirnya berjaya dikenal pasti semalam menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tahap tinggi, 17 tahun selepas kejadian berkenaan.

Scott Michael Johnson adalah mangsa ke-1,642 dari 2,753 individu yang maut apabila dua pesawat dirampas militan Al Qaeda merempuh Menara Berkembar di Pusat Dagangan Dunia iaitu mercu tanda kekayaan New York.

Ketua pemeriksa perubatan New York, Barbara Sampson berkata, Johson bertugas sebagai penganalisis keselamatan di syarikat pelaburan perbankan Keefe, Bruyette dan Wood.

“Anda perlu bersedia menerima hakikat kerana ia juga bermakna tempoh penantian sudah berakhir. Kadang kala saya sering terfikir bahawa beliau akan pulang,” kata ibu mendiang, Ann Johnson kepada The New York Times.

Ia adalah pengesahan pertama sejak Ogos 2017 walaupun identiti lelaki berkenaan tidak didedahkan atas permintaan keluarga mangsa.


“Kami sudah menyatakan komitmen kepada keluarga mangsa dan akan melakukan apa saja tanpa mengira selama mana tempoh yang perlu diambil untuk mengesahkan identiti orang kesayangan mereka,” kata Sampson.

Walaupun lebih daripada 1,100 mangsa tragedi 11 September masih belum dikenal pasti, teknologi DNA berjaya menghasilkan 89 peratus pengesahan yang positif. – AFP

Kategori