Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Vaksin Covid-19 Sudah Tiba...

KOTA KINABALU - Kumpulan pertama bekalan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech tiba di Terminal...

Kenyataan Guan Eng Tuduhan...

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menganggap kenyataan Ketua Menteri...

Uqasha Hampir Ditumbuk Wanita...

BEBERAPA hari yang lalu, pelakon cantik dari Kelantan ini, Uqasha Senrose telah memuat...

Video: Lelaki Berkopiah Pecah...

VIDEO berdurasi 30 saat menunjukkan dua individu cuba memecahkan cermin sebuah kereta Toyota Vellfire...

HFMD: Tutup Sehari, Bersih Taska

SEBUAH pusat asuhan kanak-kanak (TASKA) di Alor Setar, mengambil inisiatif menutup premis itu sehari, khusus bagi kerja pembersihan secara keseluruhan berikutan penularan wabak penyakit Kuku, Tangan dan Mulut (HFMD), sejak awal bulan ini.

Inisiatif itu dilakukan Taska Sinar Nur Kasih Isnin lalu, selepas mendapat kerjasama daripada ibu-bapa yang bersetuju pusat asuhan itu ditutup bagi membolehkan kerja mencuci semua peralatan yang disentuh bayi dan kanak-kanak termasuk permainan, tombol pintu, dinding dan katil dilakukan.

Pengusahanya, Minarni Mohd Hussin berkata, kerja pembersihan menggunakan cecair pembasmi kuman itu dilakukan bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang itu turut dibantu ibu bapa.

“Berikutan bimbang akan penularan wabak ini, saya mengambil langkah menutup sehari taska selepas merujuk kepada LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara) untuk membersihkan keseluruhan kawasan premis yang boleh disentuh kanak-kanak.

“Menariknya, usaha kami ini turut disokong ibu bapa apabila mereka turut mengambil cuti sehari untuk menjaga anak selain turut datang membantu kami membersihkan semua peralatan,” katanya ketika ditemui NSTP, hari ini.

Pada masa sama, Minarni berkata, pihaknya turut mengeluarkan kos tambahan sendiri bagi membeli alat cucian selain cecair pembasmi kuman untuk diberikan kepada semua lapan kakitangan yang ditugaskan menjaga kanak-kanak dan bayi.


Katanya, selain itu beliau turut memantau dan memeriksa semua 40 bayi dan kanak-kanak yang ditempatkan di TASKA ini ketika dihantar ibu-bapa bagi memastikan mereka bebas dari jangkitan.

“Kalau ikutkan memang kita melakukan kerja pembersihan secara harian dan mingguan, namun kali ini kami lakukan secara besar-besaran dan terperinci kerana bimbang kuman penyebab wabak HFMD ini boleh ada di mana-mana.

“Selain itu, kami juga mengambil langkah pantas apabila tidak membenarkan ibu-bapa menghantar anak mereka ke TASKA ini apabila melihat ada tanda ruam yang dibimbangi HFMD,” katanya. – MyMetro

Kategori