• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HFMD: SK Damak Ditutup Seminggu

oleh Cj Mnh
23/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Damak dekat Jerantut ditutup mulai hari ini sehingga Jumaat ini berikutan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di sekolah berkenaan.

Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut, Ali Affandi Abdul Majid berkata, langkah itu diambil bagi memastikan penyakit itu tidak terus merebak kepada murid lain.

“Ketika ini 53 murid pra sekolah dan murid Tahun Satu hingga Tahun Enam dikesan dijangkiti penyakit berkenaan,” katanya ketika dihubungi di Jerantut, hari ini.

Katanya, ketika ini keadaan masih terkawal dan langkah itu diambil bagi memastikan ia dapat dielakkan daripada terus merebak kepada 368 murid lain.

Beliau berkata, Jabatan Pendidikan Negeri juga mengarahkan sekolah itu ditutup seminggu bermula hari ini dan pihak pengurusan sekolah sudah memberikan notis pemberitahuan kepada ibu bapa murid Jumaat lalu.

Katanya, penutupan sekolah itu adalah nasihat Jabatan Kesihatan negeri untuk mengelakkan penularan jangkitan kepada murid lain.

“Pada masa ini Jabatan Kesihatan Daerah ini akan menjalankan kerja pembersihan dan pembasmian kuman di sekolah terbabit,” katanya

Beliau berkata, HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Coxsackie.

Katanya, tanda-tanda awal penyakit itu ialah kudis melepuh seperti dalam mulut, tangan dan kaki.

Beliau juga menasihatkan ibu bapa dan penjaga membawa anak mereka ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan segera jika mendapati anak mereka mengalami simptom penyakit itu. – MyMetro

Tags: HFMDsekolah tutup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

20/05/2023
0

PUTRAJAYA: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam negara dilaporkan melepasi paras amaran kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

27/06/2022
0

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menurun sebanyak 189 kes atau 35.9...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd