Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Banteras Pengelak Cukai Pendapatan

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyeru orang ramai:Ikuti Mynewshub: Telegram"JALANKANLAH TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI...

Jangan Ceroboh Perairan Laut...

PUTRAJAYA - Nelayan Malaysia dinasihatkan tidak menceroboh perairan laut negara lain dan memberikan...

Kehidupan Orang Asli ‘Karnivor’...

Di sebuah kawasan pedalaman Siberia di Russia, terdapat suku orang asli yang jarang...

Mangsa Banjir Hilir Perak...

IPOH - Mangsa banjir di Perak kekal 223 orang daripada 61 keluarga yang...

HFMD: Jabatan Kesihatan Melaka Keluar Arahan Disinfeksi

MELAKA – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengeluarkan arahan disinfeksi di semua tempat awam termasuk pasar raya, klinik, hospital dan taska di seluruh negeri ini sebagai langkah pencegahan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Anggota Exco bagi Kesihatan Negeri Low Chee Leong berkata langkah berkenaan perlu dilakukan pada semua peralatan atau taman permainan yang sering digunakan atau terdedah kepada orang awam khususnya kanak-kanak.

Beliau berkata satu pasukan khas juga telah diwujudkan bagi memantau arahan disinfeksi berkenaan agar ia dipatuhi dan dilaksanakan segera.

“Selain itu, latihan pencegahan dan tunjuk ajar cara disinfeksi akan dilakukan.

“Setakat ini sebanyak 1,522 kes jangkitan HFMD telah direkodkan di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Beliau berkata sehingga kini empat kes wabak HFMD melibatkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika), satu kes terbaharu dilaporkan di sebuah taska di Alor Gajah yang diarahkan tutup pada 25 Julai.

Katanya, sehubungan itu semua pihak khususnya pengusaha taska dan tabika serta ibu bapa perlu peka dengan situasi semasa jangkitan berkenaan dan mengambil langkah pencegahan awal bagi mengelak anak mereka dijangkiti wabak tersebut. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • HFMD

Kategori