Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kenali Miss Malaysia World...

BUKAN mudah untuk terpilih mewakili negara ke pertandingan Miss World dan lebih payah...

Suarez ‘Mengamuk’ Aibkan Real...

BARCELONA - Barcelona ‘mengganas’ dalam pertembungan Clasico menentang seteru utama, Real Madrid apabila...

Kerjasama MAB, Lonjak Saham...

SAHAM AirAsia Bhd naik pada sesi awal hari ini selepas syarikat penerbangan tambang...

Suspek Kes Culik Ditembak...

KOTA KINABALU - Pasukan keselamatan menembak mati seorang lelaki, disyaki suspek kes culik...

Henti Monopoli Bekalan Barangan – KPDNHEP

LABUAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang mempertimbangkan untuk menghentikan amalan monopoli dalam pembekalan barangan dan perkhidmatan yang terletak di bawah bidang kuasanya.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata kementerian itu sedang mengumpul maklumat berkaitan daripada pelbagai aspek di dalam setiap seksyen sektor perniagaan dan perkhidmatan yang bersifat monopoli.

“Kami sedang meneliti sama ada bekalan barangan dan perkhidmatan yang mempunyai unsur monopoli … kami akan menentukan sama ada kami patut membenarkan dasar monopoli diteruskan atau sudah tiba masanya untuk kami menghentikan amalan ini dan membuka aktiviti perniagaan kepada mereka yang berkeupayaan dan mematuhi kriteria kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Labuan dan menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri parti itu di sini malam tadi.

Saifuddin juga berkata kementerian itu tidak menolak mengkaji semula (jika perlu) dasar sedia ada yang menyebabkan kenaikan kos sara hidup yang membebankan pemegang kepentingan dan peniaga.

“Saya baharu selesai seminggu mendengar taklimat daripada pelbagai seksyen di dalam kementerian dan kami tidak menanggalkan segalanya dan meninggalkan dalam keadaan vakum tetapi kami pastinya melihat kepada penambahbaikan untuk rakyat secara keseluruhan dalam jangka masa panjang,” katanya.

Saifuddin berkata beliau memerlukan sedikit masa untuk mengumumkan perubahan atau pelarasan dalam dasar sedia ada.

Beliau juga berkata kerajaan akan terus memberikan subsidi untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan atau sekurang-kurangnya menstabilkan harga bahan api di pam minyak seluruh negara.

“Apabila kami merangka manifesto pilihan raya, harga minyak dunia adalah US$50 setong, dan kami menang pilihan raya, harga melonjak hampir US$80 setong. Justeru, kami menggunakan margin keuntungan untuk membiayai subsidi dan kerana itu dari hari pilihan raya sehingga ke hari ini harga minyak kekal,” katanya.


Beliau berkata keputusan kerajaan untuk mengekalkan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing pada RM2.20 seliter dan RM2.28 seliter sehingga ke akhir tahun ini adalah sebahagian daripada janji pilihan raya kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.

​​“Dalam dua bulan ini, kami sedang menilai kaedah untuk melakukan perubahan positif yang dapat menurunkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Saifuddin berkata kementerian itu bertekad untuk membanteras rasuah dan unsur penyalahgunaan kuasa dalam kalangan stafnya tanpa mengira kedudukan.

“Kami juga komited untuk menunaikan janji 100 hari dan agenda perubahan seperti yang sering kali diingatkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan untuk kepentingan rakyat.

“Kami telah diingatkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa tiada toleransi terhadap mana-mana menteri kabinet tanpa mengira kekananan, jika didapati terlibat dengan rasuah,” kata beliau.

Beliau berkata biarpun kerajaan berhadapan dengan kekangan kewangan pada masa ini, kesemua kementerian wajib memastikan kepentingan rakyat dan pembangunan negara kekal sebagai keutamaan. – BERNAMA

Kategori