• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hamas Sokong Tawaran Mesir Perjanjian Baharu Dengan Fatah

oleh Ahmad Albab
20/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR GAZA – Pemimpin Hamas, Ismail Haniya mengumumkan sokongannya terhadap satu cadangan baharu diketuai Mesir terhadap penyatuan dengan seterunya di Palestin, Fatah.

Pejabat pemimpin Hamas itu berkata, beliau sudah bercakap dengan ketua perisikan Mesir, Abbas Kamel untuk memaklumkan berhubung sokongan pergerakannya terhadap satu tawaran baharu dibantu negara berkenaan.

Satu kenyataan daripada Hamas berkata, kedua-duanya berbincang ‘perkembangan terbaharu dalam isu Palestin terutama penyatuan dengan Fatah dan projek kemanusiaan untuk penduduk di Semenanjung Gaza.’

Timbalan Haniya, Saleh al-Arouri mengetuai satu delegasi ke Kaherah minggu lalu. Setakat ini, Fatah yang sekular belum secara rasmi memberi maklum balas terhadap tawaran baharu penyatuan itu.

Satu perjanjian dibantu Mesir sebelum ini, ditandatangani Hamas dan Fatah pada Oktober 2017, gagal dalam pelaksanaannya.

Mac lalu, seorang pentadbir kerajaan Fatah yang menguasai Tebing Barat terselamat daripada serangan bom tepi jalan mengenai konvoinya dalam kunjungan luar biasa ke Gaza, dengan sekutunya kemudian menuduh Hamas merancang serangan.

Diharapkan penyatuan itu dapat mengurangkan penderitaan kemanusiaan di Gaza, menempatkan kira-kira dua juta penduduk.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi isyarat menyatakan sokongannya terhadap tawaran penyatuan baharu itu, namun diplomat hanya menaruh sedikit harapan.

Hamas menang pilihan raya parlimen 2006, namun Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang mengetuai Fatah dan majoriti masyarakat antarabangsa enggan menerima keputusan itu, meningkatkan perseteruan antara keduanya.

Setahun kemudian, Hamas mengambil alih kawalan Gaza, sejak itu dua pentadbiran awam berasingan Palestin muncul. – AFP/BH ONLINE

Tags: HamasMesir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gencatan Senjata: Israel, Hamas Capai Kata Sepakat Dalam ‘Kebanyakan’ Perkara – Trump

Gencatan Senjata: Israel, Hamas Capai Kata Sepakat Dalam ‘Kebanyakan’ Perkara – Trump

11/10/2025
0

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata Israel dan Hamas telah mencapai persetujuan terhadap "kebanyakan” perkara...

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

28/09/2025
0

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd