Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

MOF Nafi Dakwaan Aset...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) menafikan dakwaan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang...

30 Pemandu Teksi Cedera...

PUTRAJAYA - Tiga puluh pemandu teksi dilaporkan cedera ketika beratur untuk menerima Kad...

Amanat Najib: Jangan Singkir...

WALAUPUN pada tanggal 28 Julai lalu, nama Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digugurkan...

Objek Dikesan Sah Milik...

Objek-objek yang ditemui sebentar tadi di permukaan laut di perairan Kalimantan ketika pencarian...

Graduan Kejuruteraan Pertaruh Resipi Mi Kuah Belanga

KULIM – Memiliki ijazah dalam kejuruteraan mekanikal langsung tidak menghalang Muhammad Iqbal Ahmad 24, daripada mengusahakan Warung Mi Belanga sejak Oktober tahun lalu.

Jelas pemilik warung yang terletak di Sungai Seluang ini, dia lebih tertarik untuk mengetengahkan resipi mi kuah tulang istimewa buatan ibunya, Siti Rohani Othman, 58 berbanding menggalas status sebagai jurutera.

“Resipi mak memang istimewa di kalangan penduduk kampung serta ahli keluarga kami dan disebabkan itu, jika ada saja kenduri atau keraian, mi kuah tulang buatan mak memang akan jadi pilihan.

“Dari situ, saya nampak ada potensi untuk diketengahkan dan menghidangkannya dalam belanga, nyata menjadikan juadah ini lebih menarik,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Idea memilih menghidangkan di dalam belanga atau kuali kecil itu timbul apabila dia mahu mencari kelainan memandangkan mi kuah tulang banyak dijual di daerah ini dan mangkuk adalah cara hidangan paling biasa digunakan peniaga.


Mengakui tidak mempunyai pengalaman luas dalam perniagaan, graduan lulusan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas) Jitra, menjelaskan dia banyak belajar secara ‘try and error’ memandangkan minatnya dalam perniagaan amat mendalam.

“Saya pujuk emak agar menurunkan ilmu membuat kuah mi ini dan memintanya agar membantu saya menyediakannya dan pada masa yang sama, saya turut mendapatkan nasihat dari rakan-rakan yang sudah lama menceburi dalam bidang perniagaan terutama dalam aspek pemasaran,” katanya.

Muhammad Iqbal menjelaskan, apa yang membezakan mi kuah tulang buatannya adalah, selain daging dan bahannya perlu direneh selama sekurang-kurangnya tiga jam, penggunaan ubi keledek juga merupakan antara pelengkap rasa bagi mi kuah tersebut.

“Semuanya dibuat menggunakan resipi asal termasuk penggunaan ubi keledek bagi memastikan kuah itu pekat dan manis manakala daging pula adalah daging segar.

“Jadi, kosnya memang lebih tinggi dan sebab itu tak ramai yang berani membuatnya namun saya yakin dengan resipi turun temurun ini dan ambil risiko tersebut dan nyata ia sangat berbaloi,” katanya dan menambah, semangkuk mi belanga berharga RM7. – BERNAMA

Kategori