• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gajah Michael Jackson ‘Moonwalk’ Balik Ke Kandang

oleh
01/07/2018
dalam Artis, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNIK… Gajah peliharaan penyanyi legenda pop, mendiang Michael Jackson dilaporkan lari dari kandangnya yang terletak di Taman Haiwan Jacksonville di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Mamalia berkenaan yang dinamakan sebagai Ali itu sebelum ini dipelihara di estet Neverland Ranch, Santa Barbara, California, AS milik penghibur antarabangsa seluas 1,200 hektar tersebut.

Berita tentang haiwan itu yang berjaya lolos dari kandangnya dikongsi menerusi laman sosial Facebook, lapor stesen tempatan NDTV.

“Apa yang akan anda lakukan jika gajah anda tidak berada dalam kandangnya? Kami ‘moonwalk’ bersamanya untuk memasuki kembali ke kandang!,” seloroh pihak pengurusan taman haiwan itu.

Moonwalk merujuk gaya tarian yang pernah dipopularkan Jackson menerusi klip video muzik lagu Billie Jean pada 1983 sehingga menjadi fenomena di seluruh dunia.

Ali ‘melarikan diri’ selepas pagar kandangnya dibiarkan terbuka secara tidak sengaja. Taman haiwan persendirian itu bagaimanapun menyatakan bahawa tiada ancaman terhadap keselamatan para pengunjung.

Protokol keselamatan juga dipatuhi. Menurut NDTV, para penjaga haiwan berjaya ‘memujuk’ gajah itu kembali ke kandangnya dengan memberikan makanan dalam tempoh 20 minit.

“Gajah itu licik,” komen seorang pengguna Facebook di laman rasmi taman haiwan itu. Pihak pengurusan haiwan itu ‘buka ruang komennya’ supaya para pengguna dapat memberi reaksi menggunakan bait-bait lagu Jackson.

“Pengembaraanya bagaikan Thriller!” tulis seorang lagi pengguna merujuk kepada tajuk lagu mendiang yang terlaris di seluruh dunia pada 1982 lalu.

Ali dipelihara sejak 1997. Menurut NDTV lagi, mendiang penyanyi pop itu mempunyai taman haiwannya sendiri. Beliau memelihara harimau, orang utan dan banyak lagi haiwan lain.

Kebanyakan haiwannya dipindahkan dari ladang ternaknya ke taman haiwan dan kawasan perlindungan pada 2009 sebelum kematian penyanyi itu. – Agensi/Mynewshub.tv

Tags: gajahMichael Jacksonmoonwalk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dokumen Epstein: Bill Clinton, Michael Jackson, Diana Ross, Mick Jagger Antara Nama Dikaitkan

Dokumen Epstein: Bill Clinton, Michael Jackson, Diana Ross, Mick Jagger Antara Nama Dikaitkan

20/12/2025
0

WASHINGTON: Pendedahan dokumen berhubung mendiang pesalah seks Jeffrey Epstein semalam hadir susulan desakan berbulan lamanya terhadap pentadbiran Trump demi ketelusan...

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

12/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gajah betina yang dilihat 'meratapi' kematian anaknya akibat dilanggar sebuah lori di Lebuh Raya Gerik-Jeli, semalam, sudah kembali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd