• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filipina Siasat Ahli Politik Dibunuh

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Pihak ber­kuasa Filipina semalam menyiasat pembunuhan nekad seorang timbalan datuk bandar dekat Manila, serangan berdarah ketiga oleh kumpulan lelaki bersenjata terhadap pegawai tempatan dalam masa kurang seminggu.

Negara Asia Tenggara itu mempunyai budaya politik yang ganas tetapi kumpulan-kumpulan pemerhati bimbang perang dadah Presiden Rodrigo Duterte menyebabkan penyerang bertambah berani.

Polis berkata bahawa tiada kaitan jelas antara pembunuhan Timbalan Datuk Bandar, Trece Martires, Alexander Lubigan kelmarin dan pembunuhan dua datuk bandar lain beberapa hari sebelum­nya. Bandar Trece Martires terletak ke selatan Manila.

Bagaimanapun, Wilnor Papa selaku jurucakap pertubuhan hak asasi antarabangsa, Amnesty International (AI) di Filipina memberitahu agensi berita AFP bahawa walaupun keganasan politik bukan perkara baharu, Duterte memburukkan lagi keadaan melalui pengumumannya.

“Pentadbiran Duterte menggalakkan pembunuhan di luar undang-undang,” katanya yang memetik gesaan Duterte supaya orang awam membunuh pengedar dadah dan janji beliau untuk melin­dungi anggota polis yang di­saman kerana melaksanakan kempen dadahnya.

Seorang penembak curi menembak Datuk Bandar Antonio Halili yang berada dalam senarai pegawai disyaki terlibat dengan narkotik. Mangsa maut semasa menghadiri satu acara awam di dewan majlis perbandaran di Tanauan, dekat Manila pada Isnin minggu lalu.

Sehari kemudian, beberapa lelaki bersenjata menaiki motosikal membunuh sekutu Duterte, Ferdinand Bote yang merupakan Datuk Bandar General Tinio di utara Fili­pina.

Bagaimanapun, kedua-dua Bote dan Lubigan serta timbalan datuk bandar yang dibunuh kelmarin tidak mempunyai kaitan dengan dadah. Polis juga belum pasti motif pembunuhan mereka.

“Pembunuhan berkaitan pilihan raya pula biasanya berlaku beberapa bulan sebelum hari mengundi,” kata penyelidik AI, Carlos Conde kepada AFP sambil menambah, pilihan raya tempatan masih jauh dan hanya akan berlangsung 10 bulan lagi di Filipina.

Sekurang-kurangnya 10 orang datuk bandar terma­suk Halili dan Bote dibunuh sejak Duterte mengambil alih teraju pemerintahan pada Jun 2016. – AFP/KOSMO ONLLINE

Tags: ahli politikFilipina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Takkan Mohamad Sabu Tak Tahu Kerajaan Madani Sedang Gubal Akta Tahanan Rumah?’ – Nazrul Nazir

‘Takkan Mohamad Sabu Tak Tahu Kerajaan Madani Sedang Gubal Akta Tahanan Rumah?’ – Nazrul Nazir

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli politik, Nazrul Nazir mempersoalkan sama ada Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu tidak...

Khaled Nordin Adakan Pertemuan Dengan Setiausaha Perang Amerika Syarikat, Pete Hegseth Di Filipina

Khaled Nordin Adakan Pertemuan Dengan Setiausaha Perang Amerika Syarikat, Pete Hegseth Di Filipina

29/10/2026
0

CEBU - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Perang Amerika Syarikat (AS), Pete Hegseth sempena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd