• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filipina Lulus Pemerintahan Autonomi Islam

oleh
28/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERSEJARAH… Presiden Filipina, Rodrigo Duterte meluluskan undang-undang baharu yang dinanti-nantikan sekian lama, bagi pentadbiran autonomi minoriti Islam di selatan negara itu.

Muslim di wilayah selatan Filipina bakal bentuk pemerintahan sendiri menjelang tahun 2022 dan ia dilihat sebagai langkah tangani masalah golongan ekstremis dan hapus konflik pemisah selama setengah abad yang berlaku di situ.

Duterte dikatakan bersetuju menandatangani undang-undang tersebut selepas lawatan ke Marawi yang pernah bergolak tahun lalu. Ia difahamkan mengambil model kejayaan undang-undang yang sama di Aceh, Indonesia.

Pengerusi gerakan pemisah iaitu Barisan Pembebasan Islam Moro, Ebrahim Murad berkata bahawa beliau yakin undang-undang itu akan bawa kumpulan pemisah untuk kembali ke arena politik negara tersebut tanpa senjata.

Dikenali sebagai Undang-Undang Organik Bangsamoro, ia malahan mendapat sokongan majoriti penduduk Islam, sekali gus menyukarkan pelampau asing bagi membentuk pakatan tempatan berpisah daripada kawalan Filipina.

Untuk rekod, kawasan Bangsamoro termasuk sebahagian Mindanao, pulau kedua terbesar negara itu, dan rangkaian puluhan kepulauan kecil ke barat. Dianggarkan lima juta penduduk Islam mendiami wilayah miskin tersebut.

Istilah Moro digunakan penjajah Sepanyol dalam sebutan tempatan bagi menyamakan pemberontakan anti-Kristian oleh masyarakat Muslim di situ seumpama etnik Moor di Maghribi sebelum Filipina merdeka. – Mynewshub.TV

Tags: FilipinaRodrigo Duterte
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan beliau akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd