Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

Ismail Kamus Jalani Pembedahan...

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus dilaporkan selamat menjalani pembedahan jantung,...

‘Tiada Kes Curi, Hanya...

SEORANG lelaki yang dipercayai pengurus kedai serbaneka tampil menjelaskan insiden tular yang berlaku...

Tukar 1kg Minyak Masak...

PUTRAJAYA - Apa yang anda akan lakukan dengan minyak masak yang telah digunakan...

‘Manusia Berhak Diberi Peluang...

BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata, hukuman mati tidak dimansuhkan...

FIFA Kutuk Komen Maradona

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengutuk komen yang dikeluarkan Diego Maradona selepas legenda bola sepak Argentina itu mendakwa Colombia tewas kepada England pada aksi pusingan 16 terbaik disebabkan pemilihan Mark Geiger sebagai pengadil perlawanan.

Pemenang Piala Dunia 1986 itu berkata, kemenangan England boleh dianggap sebagai ‘rompakan secara senyap’ selepas anak buah Gareth Southgate mengesahkan tempat ke suku akhir menerusi kemenangan penentuan penalti.

 “Saya minta maaf kepada seluruh rakyat Colombia, tetapi pemain tidak boleh disalahkan sebaliknya ini orangnya (bos pengadil FIFA, Pierluigi Collina) yang memilih pengadil yang tidak sepatutnya mengadili perlawanan seperti ini,” kata Maradona ketika ditemuramah stesyen televisyen Venezuela, Telesur.

Maradona hadir pada perlawanan itu sebagai tetamu FIFA dan dia dilihat sebelum perlawanan memakai jersi Colombia.

FIFA dalam kenyataan dikeluarkan berkata, ia sesuatu yang mengecewakan apabila membaca komen daripada ‘pemain yang sudah menulis sejarah permainan kami’.

“Susulan komen dibuat Diego Maradona berhubung perlawanan pusingan 16 terbaik antara England menentang Colombia, FIFA dengan tegas menafikan kritikan terhadap prestasi pegawai perlawanan yang dianggap positif dalam perlawanan sukar dan penuh emosi,” kata jurucakap FIFA dalam kenyataan itu.


 “Selain itu, FIFA juga menganggap komen dan sindiran tambahan dibuat sebagai tidak wajar dan tidak berasas sepenuhnya.”

Kapten Colombia, Radamel Falcao turut mengkritik pengadil dari Amerika Syarikat, Geiger apabila menyifatkan prestasinya memalukan.

Geiger menghadiahkan England sepakan penalti pada babak kedua selepas pemain tengah Colombia, Carlos Sanchez menjatuhkan Harry Kane tetapi hanya melayangkan kad kuning kepada Wilmar Barrios yang menghantuk kepalanya ke Jordan Henderson.

 “Ia cukup jelas, situasi bola 50-50, dia sentiasa menyebelahi England dan ini sesuatu yang memalukan dalam pusingan 16  terbaik,” kata Falcao. – AFP

Kategori