• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fazley Naik Pelamin Semula 7 November

oleh Cj Mnh
27/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang juga cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berhasrat untuk bersanding buat kali kedua dengan isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz pada 7 November depan.

Fazley, 40, berkata, ia sebagai memenuhi janji terhadap arwah ayahnya yang mahu berkongsi momen indah bersama-sama tetamu yang tidak dapat menghadiri resepsi perkahwinannya dan isteri, 12 tahun lalu.

“Insya-Allah, saya dan isteri berhasrat untuk bersanding buat kali kedua, khusus untuk mereka yang tidak dapat berpeluang menghadiri majlis resepsi kami dahulu.

“Mengikut perancangan, kami memilih 7 November depan, namun masih dalam proses perbincangan. Jika dahulu kami mengangkat tema tradisional Padang, kali ini mungkin kami mengetengahkan konsep tradisional/moden atau Bollywood.

“Asalnya, kami mahu bersanding semula, tahun lalu, namun tidak manis pula kerana arwah ayah baru setahun meninggal dunia. Kami cuba melaksanakan impian itu pada tahun ini,” katanya.

Hasil perkahwinan mereka, Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fariedz Shah, 9; Ahmad Fieradz Shah, 8; Ahmad Firudz Shah, 6; dan Alayna Selma yang kini berusia sembilan bulan.

Sementara itu, Fazley turut berkongsi kegembiraan apabila Restoran Mamanda yang bercirikan Melayu Nusantara mendapat maklum balas positif pengunjung.

Fazley yang memegang jawatan sebagai Cef Eksekutif di restoran yang sudah hampir setahun beroperasi itu bersyukur apabila pengunjung berpuas hati dengan kualiti sajian yang dihidangkan dalam dulang.

“Saya tidak mahu orang ramai melupakan tradisi makan beramai-ramai dalam dulang tembaga. Lebih menarik, pekerja di restoran SukaSucre turut bergilir-gilir bertugas di sini,” katanya mengenai restoran yang beroperasi di Tournament Players Club (TPC), Bukit Kiara itu. – BH Online

Tags: bersandingfazley yaakob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fazley, Isteri Macam Pengantin Baharu Naik Pelamin Lagi

29/11/2018
0

PETALING JAYA -Tiga belas tahun selepas mendirikan rumah tangga, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob bersanding semula dengan isteri...

Fazley Kotakan Janji Bersanding Semula, Hanya Rakan Media Tetamu VIP

18/11/2018
0

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob akhirnya mengotakan janjinya sebelum ini untuk bersanding semula dengan isterinya Datin Azrene Soraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd