Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Gerakan Revolusi Warna Dipantau...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menubuhkan sebuah pasukan petugas untuk memantau dan menyiasat pertubuhan...

Eina Azman, Rebecca ‘Berperang’...

KUALA LUMPUR - Kisah perbalahan dua selebriti, Datin Paduka Eina Azman dan Datin...

M’sia Capai Tahap Sara...

KENINGAU - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek...

Covid-19: Varian BA.5.2 Dikesan...

KUALA LUMPUR - Dua varian Covid-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 yang merangkumi kira-kira...

FAMA Sedia Proses Lambakan Durian Di Pasaran

MACHANG – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan memproses buah durian untuk dijadikan pes sebagai langkah membantu pekebun kecil mengatasi lambakan durian di pasaran negeri ini.

Pengarah FAMA Kelantan Mohd Ariffin Awang berkata sehingga ini pihaknya telah membeli buah berkenaan membabitkan 13 buah kampung antaranya Manik Urai, Kampung Peria dan Lata Rek di Kuala Krai dan Air Lanas di Jeli dengan harga RM3.80 sekilogram.

“FAMA akan memproses buah durian menjadi produk yang mampu memberi pulangan lebih tinggi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Taklimat Pemprosesan Durian di Pusat Operasi FAMA di sini, hari ini.

Mohd Ariffin berkata pembelian terus dari kebun durian bermula sejak 26 Julai lepas dan pihaknya mampu memproses sebanyak dua hingga tiga tan sehari.


Beliau berkata petani boleh menghubungi pejabat FAMA berdekatan sekiranya mahu menjual durian sama ada jenis kampung atau klon kepada pihaknya. – BERNAMA

 

Kategori