• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Kaji Penggunaan Pemain Naturalisasi

oleh
23/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan kajian mendalam mengenai pengambilan pemain naturalisasi untuk memperkuatkan skuad kebangsaan, kata Timbalan Presiden, Datuk Mohd Yusoff Mahadi.

Beliau berkata isu berkenaan yang kembali dibangkitkan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin baru-baru ini, bukanlah isu yang mudah kerana ia turut melibatkan beberapa pihak yang lain seperti Kementerian Dalam Negeri dan sebagainya.

Bagaimanapun, perkara berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat exco FAM yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat, katanya pada sidang media di Wisma FAM di sini hari ini.

“Kita lihat negara jiran Filipina dan Singapura, umpamanya, mengambil pemain naturalisasi dan ia menambahbaik skuad kebangsaan negara mereka…Itu mungkin idea mereka dan bagi kita, ia tidak berapa matang.

“(Presiden FAM), Datuk Hamidin telah mengarahkan untuk kita membuat kajian mengenai perkara ini, tetapi idea ini perlu diperhalusi kerana ia memang ada pro dan kontranya,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Yusoff menegaskan badan induk tidak mahu tergesa-gesa untuk mengambil keputusan menggunakan pemain naturalisasi kerana bimbang ia akan mendatangkan implikasi negatif terutamanya terhadap program pembangunan bola sepak negara.

Sebelum ini, badan induk itu hanya memberi ‘lampu hijau’ kepada pemain berdarah campuran yang memiliki hubungan susur galur di Malaysia untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

Antara pemain berdarah campuran yang sudah mewakili skuad kebangsaan termasuklah Matthew Davies (Pahang), Natxo Insa (Johor Darul Ta’zim), Brendan Gan (Perak) dan juga Khair Muhammad Jefri Jones (Melaka United).

Hamidin sebelum ini dilaporkan sebagai berkata cadangan memberi kerakyatan negara ini kepada pemain asing, merupakan alternatif terbaik dalam membantu memperbaiki prestasi skuad kebangsaan yang merosot sejak beberapa tahun lepas. – BERNAMA

Tags: FAM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRK Sungai Kandis: 59 Kertas Undi Pos Dikeluarkan

Next Post

Lelaki Ditahan Buat Laporan Palsu Wang RM121,000 Disamun

Related Posts

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

16/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sejarah baharu tercipta dalam arena kepengadilan negara selepas Fitri Maskon menjadi pengadil pertama dipecat daripada semua tugasan oleh...

FAM Ambil Tindakan Insiden Perbalahan Arif Aiman, Tommy Mawat

FAM Ambil Tindakan Insiden Perbalahan Arif Aiman, Tommy Mawat

11/11/2024
0

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden perbalahan yang berlaku antara pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan...

Next Post

Lelaki Ditahan Buat Laporan Palsu Wang RM121,000 Disamun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd