Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Kafe Hello Kitty Singapura...

SINGAPURA -  Kafe Hello Kitty pertama di Singapura telah membuka pintunya semalam kepada...

WHO Siasat Pengilang Ubat...

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang menyiasat sama ada terdapat sebarang kaitan antara...

Elak Cukai, Pesohor Media...

BEIJING – Seorang bintang penstriman secara langsung popular dari China dikenakan denda berjumlah...

21 Individu Ditahan Dalam...

LAHAD DATU - Polis menahan 21 individu yang dipercayai penagih dan pengedar dadah...

FAM Kaji Guna Pemain Naturalisasi

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan kajian mendalam mengenai pengambilan pemain naturalisasi untuk memperkuatkan skuad kebangsaan, kata Timbalan Presiden, Datuk Mohd Yusoff Mahadi.

Beliau berkata isu berkenaan yang kembali dibangkitkan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin baru-baru ini, bukanlah isu yang mudah kerana ia turut melibatkan beberapa pihak yang lain seperti Kementerian Dalam Negeri dan sebagainya.

Bagaimanapun, perkara berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat exco FAM yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat, katanya pada sidang media di Wisma FAM di sini Isnin.

“Kita lihat negara jiran Filipina dan Singapura, umpamanya, mengambil pemain naturalisasi dan ia menambahbaik skuad kebangsaan negara mereka…Itu mungkin idea mereka dan bagi kita, ia tidak berapa matang.

“(Presiden FAM), Datuk Hamidin telah mengarahkan untuk kita membuat kajian mengenai perkara ini, tetapi idea ini perlu diperhalusi kerana ia memang ada pro dan kontranya,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Yusoff menegaskan badan induk tidak mahu tergesa-gesa untuk mengambil keputusan menggunakan pemain naturalisasi kerana bimbang ia akan mendatangkan implikasi negatif terutamanya terhadap program pembangunan bola sepak negara.


Sebelum ini, badan induk itu hanya memberi ‘lampu hijau’ kepada pemain berdarah campuran yang memiliki hubungan susur galur di Malaysia untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

Antara pemain berdarah campuran yang sudah mewakili skuad kebangsaan termasuklah Matthew Davies (Pahang), Natxo Insa (Johor Darul Ta’zim), Brendan Gan (Perak) dan juga Khair Muhammad Jefri Jones (Melaka United).

Hamidin sebelum ini dilaporkan sebagai berkata cadangan memberi kerakyatan negara ini kepada pemain asing, merupakan alternatif terbaik dalam membantu memperbaiki prestasi skuad kebangsaan yang merosot sejak beberapa tahun lepas. – BERNAMA

Kategori