• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Exco Kedah Cadang Subjek Sejarah Untuk Pelajar UEC Mohon IPTA

oleh Cj Mnh
26/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang Anggota Exco kerajaan negeri Kedah hari ini mencadangkan agar mata pelajaran sejarah juga harus dikuasai oleh para pelajar yang mengambil Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) selain daripada keputusan kredit dalam Bahasa Malaysia yang diperlukan bagi mereka memohon melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi Awam (IPTA)

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Komunikasi dan Teknologi Maklumat Kedah Dr Salmee Said berkata sebagai warganegara Malaysia, pelajar berkenaan perlu mempelajari serta menguasai mata pelajaran itu supaya mereka mengetahui sejarah pembentukan negara ini.

“Ya (mata pelajaran) sejarah penting…pada saya para pelajar perlu mempelajari sejarah di negara kita dan menguasainya…,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Lestari Program My Rukun Negara dan Program ‘Recycle For Life’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Kuala di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman Sdn Bhd Ir Mhd Saiful Anuar Zainal.

Dr Salmee berkata demikian bagi mengulas tentang keperluan mata pelajaran sejarah dalam UEC sekiranya mahu diiktiraf kerajaan.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching dipetik sebagai berkata hanya kepujian Bahasa Malaysia diperlukan untuk pelajar sekolah menengah persendirian Cina yang mengambil UEC untuk masuk ke IPTA.

Teo turut dipetik sebagai berkata syarat kepujian Bahasa Malaysia berkenaan tidak termasuk mata pelajaran sejarah ataupun mata pelajaran lain.

​​​​​​​Bagaimanapun, Dr Salmee berkata sebagai Exco yang juga bertanggungjawab dalam hal ehwal pendidikan di negeri ini beliau menyokong apa sahaja diputuskan Kementerian Pendidikan nanti berhubung isu berkenaan.

“Jadi kita ikut keputusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), apabila KPM menyatakan bahawa cukup BM (Bahasa Malaysia) sahaja untuk membolehkan pelajar yang ada sijil UEC ini untuk masuk ke IPTA, kita terima itulah,” katanya.

Beliau berkata isu pengiktirafan UEC oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) juga tidak pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah setakat ini. – BERNAMA

Tags: sejarahUEC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Identiti Mangsa 9/11 Disahkan Selepas 17 Tahun

Next Post

Belum Ada Pencabar Bagi Jawatan Presiden PKR

Related Posts

UMNO Salur Bantuan Guaman Kepada Dr Akmal

Perbicaraan 1MDB Cipta Sejarah Akan Bersidang Sabtu

05/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, prosiding perbicaraan kes penyelewengan dana milik syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Datuk Seri Najib...

Bella Pernah Beri Bayangan Akan Dilanggar Mati

Rombak Subjek Sejarah Di Sekolah – Wan Hanafi Su

21/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Pelakon 'senior' disegani, Wan Hanafi Su, 74, menyarankan Kementerian Pendidikan (KPM) merombak mata pelajaran sejarah di sekolah berikutan...

Next Post

Belum Ada Pencabar Bagi Jawatan Presiden PKR

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd