• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Etnik Rohingya Mahu Jaminan

oleh Ahmad Albab
20/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAY PYI DAW – Ratusan ribu pelarian yang me­larikan diri daripada ke­ganasan di negeri Rakhine dekat sini ke Bangladesh hanya akan pulang jika keamanan dan kewarganegaraan mereka dijamin oleh kerajaan Myanmar, lapor akhbar berbahasa Inggeris, Myan­mar Times.

Duta Khas, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar, Christine Schraner Burgener bertemu dengan pelarian-pela­rian tersebut semasa lawatan ke Bangladesh pada minggu lepas selepas menghadiri persidangan damai di Myanmar.

Beliau juga bertemu dengan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dan pegawai kanan lain.

Burgener dalam satu kenyata­an telah menggariskan kepen­tingan pelarian-pelarian tersebut pulang ke rumah mereka secara sukarela, selamat, bermaruah dan lestari.

Keadaan di Rakhine memerlukan penyelesaian politik dan bantuan antarabangsa yang lebih besar terhadap pelarian dan komuniti tuan rumah dalam menangani keadaan buruk yang dihadapi mereka, katanya.

Beliau menambah, PBB menyokong memorandum persefahaman yang telah ditandatangani oleh kerajaan Myanmar, Program Pembangunan PBB dan Pesuruhjaya Tinggi PBB Untuk Pelarian (UNHCR) sebagai langkah pertama yang pen­ting.

Burgener berkata, keutamaannya adalah untuk membantu menangani punca krisis melalui pelaksanaan cadangan Suruhanjaya Penasihat di ne­geri Ra­khine, khususnya bagi menamatkan sekatan terhadap hak-hak asas seperti kebebasan bergerak dan menyelesaikan masalah kewarganegaraan.

“Ini merupakan detik cemas bagi semua pihak berkenaan untuk mengambil langkah-langkah konkrit ke arah matlamat ini. PBB bersedia untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran yang relevan dalam hal ini,” katanya.

Pada Jun lalu, Kesatuan Perusahaan untuk Penempatan Se­mula dan Pembangunan Kemanusiaan di Rakhine mengeluarkan laporan yang menyatakan kerajaan telah mengeluarkan lebih 2,200 keping kad pengesahan kebangsaan, dan kira-kira 300 orang telah menerima pengiktirafan kewarganegaraan.

Menurut UNHCR, lebih 700,000 pelarian beragama Islam telah melarikan diri daripada keganasan terbaru di Myan­mar. – BERNAMA

Tags: Etnik RohingyaMyanmar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

02/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan yang menyasarkan pelanggan warga asing, khususnya warga Myanmar di Lebuh Pudu di sini, diserbu Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd