Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Rampasan Terbesar Pil Kuda...

KUALA KRAI - Tiga penganggur yang mempunyai rekod jenayah lampau ditahan bersama 1,884...

Keliru Bahasa, Punca Lara...

SESIAPA yang menonton rancangan Lara Oh Lara, pasti geram melihat telatah dan fizikal...

Pengurus Besar PPK Rompin...

KUANTAN - Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rompin hari ini mengaku tidak...

GAMBAR: Marsha Di Malam...

MARSHA Milan Londoh, 30, sebelum ini telah tampil mengaku bahawa dia sudah pun...

Drama Nur Sah Disambung Lagi

PENERBIT dan pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin atau Ezad, tidak mahu terlalu memikirkan pandangan pihak yang tidak bersetuju apabila produksinya Radius One dan TV3 memutuskan untuk menghasilkan Nur 2.

Pada waktu sama, keputusan itu diambil selepas mengambil kira kehendak penonton setia yang ingin mengetahui kesudahan watak utamanya Nur lakonan Amyra Rosli yang dipujuk Ustaz Adam (Syafiq Kyle) untuk kembali bersama dan watak antagonis, Hamadi (Azhan Rani).

Ketika dihubungi, Shahrulezad berkata, sebaik Nur yang ditayangkan di TV3 tamat, ramai yang memberi komen kesudahan karyanya seperti tergantung.

“€Rata-rata meminta saya menghasilkan drama Nur 2, kerana mereka mahu tahu apa yang berlaku kepada Nur dan Hamadi. Tetapi saya seperti yang umum tahu tidak pernah menyambung mana-mana karya yang pernah dihasilkan walaupun ia turut mendapat sambutan sebelum ini.

“€Begitupun selepas ramai yang meminta ia disambung termasuk pihak TV3, akhirnya saya akur. Itupun setelah saya peroleh jalan cerita baru dan dipersembahkan kepada pihak stesen. Mereka yakin dan bersetuju dengan cerita itu,”€ katanya.

Kata Ezad, sebelum ini ramai yang mendesak, tetapi hatinya agak berat. Sehinggalah semua pelakon akhirnya bersetuju untuk kembali menjayakan Nur 2, sehingga dia sudah tidak punya alasan lagi untuk menolak.


“€Saya juga bersetuju dengan kenyataan diberikan pihak stesen yang menegaskan bahawa Nur 2 dihasilkan bukan untuk menandingi Nur. Perbandingan juga adalah perkara biasa apabila Nur 2 disiarkan nanti.

“€Sepanjang menghasilkan Nur saya tidak pernah letak harapan atau harap ia menjadi fenomena, tetapi kejayaan diraih adalah rezeki. Jadi mengapa apabila mahu hasilkan Nur 2, saya perlu memikirkan perkara itu,”€ katanya. – HMetro 

 

Kategori