• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Drama Nur Sah Disambung Lagi

oleh
20/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENERBIT dan pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin atau Ezad, tidak mahu terlalu memikirkan pandangan pihak yang tidak bersetuju apabila produksinya Radius One dan TV3 memutuskan untuk menghasilkan Nur 2.

Pada waktu sama, keputusan itu diambil selepas mengambil kira kehendak penonton setia yang ingin mengetahui kesudahan watak utamanya Nur lakonan Amyra Rosli yang dipujuk Ustaz Adam (Syafiq Kyle) untuk kembali bersama dan watak antagonis, Hamadi (Azhan Rani).

Ketika dihubungi, Shahrulezad berkata, sebaik Nur yang ditayangkan di TV3 tamat, ramai yang memberi komen kesudahan karyanya seperti tergantung.

“€Rata-rata meminta saya menghasilkan drama Nur 2, kerana mereka mahu tahu apa yang berlaku kepada Nur dan Hamadi. Tetapi saya seperti yang umum tahu tidak pernah menyambung mana-mana karya yang pernah dihasilkan walaupun ia turut mendapat sambutan sebelum ini.

“€Begitupun selepas ramai yang meminta ia disambung termasuk pihak TV3, akhirnya saya akur. Itupun setelah saya peroleh jalan cerita baru dan dipersembahkan kepada pihak stesen. Mereka yakin dan bersetuju dengan cerita itu,”€ katanya.

Kata Ezad, sebelum ini ramai yang mendesak, tetapi hatinya agak berat. Sehinggalah semua pelakon akhirnya bersetuju untuk kembali menjayakan Nur 2, sehingga dia sudah tidak punya alasan lagi untuk menolak.

“€Saya juga bersetuju dengan kenyataan diberikan pihak stesen yang menegaskan bahawa Nur 2 dihasilkan bukan untuk menandingi Nur. Perbandingan juga adalah perkara biasa apabila Nur 2 disiarkan nanti.

“€Sepanjang menghasilkan Nur saya tidak pernah letak harapan atau harap ia menjadi fenomena, tetapi kejayaan diraih adalah rezeki. Jadi mengapa apabila mahu hasilkan Nur 2, saya perlu memikirkan perkara itu,”€ katanya. – HMetro 

 

Tags: drama NurSyafiq Kyle
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Rebah & Pendarahan Otak… Mulanya Sangka Suami Gurau”

20/09/2018
0

IBU kepada pelakon Syafiq Kyle iaitu Rohaya Sulaiman terkejut apabila suaminya iaitu Abdul Razak Husin tiba-tiba rebah di majlis ramah...

Apa Kes: ‘Zip’ Mulut Lebih Selamat

06/09/2018
0

MEMBUANG jauh cerita hitam, Syafiq Kyle mahu fokus kepada karier lakonan dan terus mencari rezeki. Mengulas mengenai kontroversi video dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd