• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ditegur Menari, Wani Masih Tahu Batas

oleh
28/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Wani menerima teguran Da’i Luqman berkaitan tarian dalam video muzik lagu terbarunya, Pendusta Cinta, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencari kelainan.

Wani atau nama sebenarnya, Nur Syazwani Selamat, 21, berkata, ia dilakukan atas kerelaan sendiri kerana tidak mahu penonton bosan disogokkan dengan konsep video muzik yang sama.

Katanya lagi, gerak tarinya dalam klip video yang baru dimuat naik di YouTube itu juga tidak keterlaluan seperti yang dibayangkan sesetengah pihak, sebaliknya masih menjaga batasan.

“Terima kasih atas teguran yang diberikan. Mungkin ada yang belum berkesempatan menonton keseluruhan klip video itu, tetapi terus menempelak apabila ada yang menegur.

“Memang saya ingin menari dalam video muzik dan hanya berpeluang melakukannya pada single keenam ini. Jika dilihat, pada awal lagu, saya bersama penari wanita lain yang duduk sambil menggerakkan tangan.

“Bukan mahu menegakkan benang basah, tetapi rasanya aksi tarian kami tidak mencolok mata. Saya juga memakai tudung yang menutup dada dan tidak berpakaian seksi. Namun, saya terima segala teguran dengan hati terbuka,” katanya.

Mengambil masa dua hari untuk berlatih gerak tari itu, Wani berkata, video muzik itu meraih hampir 250,000 tontonan selepas empat hari diperkenalkan.

Video muzik lagu ciptaan bersama DJ Fuzz, Hez Hazmi dan Wani sebelum ini, menerima pelbagai komen netizen yang mempertikai pelakuan penyanyi berhijab itu kerana kurang sesuai dengan imej yang dibawa.

Isu itu semakin hangat selepas Luqman yang juga bekas peserta program realiti, Da’i menegur perlakuan penyanyi wanita bertudung menari kerana boleh mengundang fitnah.

Mengakui gemar mencabar diri, Wani berkata, ramai yang menganggapnya sebagai penyanyi nasyid selepas menyertai program realiti yang mengangkat lagu kerohanian, sedangkan dia memperjuangkan genre kontemporari. – BH Online

Tags: wani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wani Tidak Kisah Kurang Popular

14/08/2018
0

PERJALANAN karier seni penyanyi kecil molek Wani tidaklah terlalu deras jika dibandingkan dengan ramai rakan seperjuangannya yang lain ketika ini,...

“Lucu Ada Yang Silap, Panggil Saya Wani Kayrie”

04/02/2018
0

PELANTUN lagu Alhamdulillah, Wani atau nama sebenarnya Nur Syazwani Selamat mengakui masih ramai di luar sana keliru apabila memanggilnya Wani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd