• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Lucu Ada Yang Silap, Panggil Saya Wani Kayrie”

oleh
04/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELANTUN lagu Alhamdulillah, Wani atau nama sebenarnya Nur Syazwani Selamat mengakui masih ramai di luar sana keliru apabila memanggilnya Wani Kayrie berikutan persamaan nama.

Remaja kelahiran Batu Pahat, Johor itu namun tidak menjadikan hal itu sebagai masalah besar kerana percaya peminatnya masih dapat membezakan identiti mereka menerusi lagu serta lenggok nyanyian masing-masing.

“Lucu juga ada yang tersilap dan memanggil saya Wani Kayrie apabila berjumpa di luar, terutama mereka yang kali pertama bertemu.

“Isu itu tidak jadi hal besar kerana paling utama orang kenal dan tahu lagu yang saya nyanyi. Kelakar juga apabila ada peminat menyangka kami adalah kembar disebabkan isu nama serupa.

“Setakat ini, saya tidak terfikir untuk tambah nama lain bagi elak kekeliruan itu berlarutan. Sebelum ini, ada juga panggil Wani GGV apabila saya menyertai program Gema Gegar Vanganza (GGV) tahun lalu,” katanya dipetik BH Online, hari ini.

Dalam perkembangan lain, penyanyi yang turut berbakat mencipta lagu ini dikatakan bakal muncul dengan single solo berjudul Aku Selalu Setia ciptaan Patrick Kamis.

Sehubungan itu, Wani berharap kemunculan single baharu yang mengangkat genre muzik semasa mampu memperkemaskan langkahnya sebagai penyanyi solo. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: wani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wani Tidak Kisah Kurang Popular

14/08/2018
0

PERJALANAN karier seni penyanyi kecil molek Wani tidaklah terlalu deras jika dibandingkan dengan ramai rakan seperjuangannya yang lain ketika ini,...

Ditegur Menari, Wani Masih Tahu Batas

28/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Wani menerima teguran Da'i Luqman berkaitan tarian dalam video muzik lagu terbarunya, Pendusta Cinta, namun ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd