• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didenda RM1,000 Kerana Merusuh, Bergaduh

oleh Cj Mnh
10/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Gara-gara merusuh dan mengakibatkan kecederaan, sembilan lelaki hari ini didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Majistret Noor Aisyah Ahmad turut memerintahkan semua lelaki tersebut menjalani hukuman penjara dua bulan, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Kesembilan mereka ialah A Haresh Kumar, 20; N Mugenthan, 32; S Nageshvaran, 28; U S Kasavan, 20; S Suriya Pragas, 32; N Sanmugam, 32; B Jieva, 28; G Raja Rao, 32 dan R Chandramathan Rao, 24.

Mereka didakwa mengambil bahagian dalam satu pergaduhan dengan merusuh dan menyebabkan kecederaan antara satu sama lain di hadapan Pusat Hiburan Evolution di Jalan Mutiara Emas 10/2, Taman Mount Austin di sini, kira-kira 3.30 pagi, 29 Jun lalu.

Kesemuanya didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit dengan kesalahan.

Sementara itu, di mahkamah berasingan, tiga daripada tertuduh dan seorang lagi individu didenda RM300 selepas mengaku salah bergaduh pada hari sama.

Majistret Azureen Shahira Saufee Affandi turut memerintahkan Chandramathan, Kasavan, Mugenthan dan S Ganapathiswaran, 32, menjalani hukuman penjara sebulan, jika gagal membayar denda berkenaan.

Keempat-empat tertuduh didakwa secara bersama dengan beberapa orang yang masih bebas melakukan satu gaduh gempur di hadapan Wad Kecemasan, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, kira-kira 5 pagi, 29 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan bagi kedua-kedua kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Muhammad Mohd Nasir manakala tertuduh Chandramathan diwakili peguam S Thina dan tertuduh lain tidak diwakili peguam. – BERNAMA

** Sekadar Video Hiasan..

Tags: dendaMerusuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd