• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Ekonomi Tak Harus Berasaskan Kaum

oleh
24/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) percaya dasar ekonomi negara tidak harus berasaskan kaum sebaliknya perlu berdasarkan keperluan rakyat demi faedah kepada seluruh warga Malaysia, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Ini yang diamalkan dalam penggubalan dasar-dasar ekonomi di Selangor. Justeru, dengan pengalaman saya yang tidak seberapa di Selangor (selaku menteri besar sebelum ini), kita boleh kembangkan amalan ini ke peringkat nasional dan lihat sejauh mana dasar-dasar ekonomi kita boleh memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Semakan semula Dasar Ekonomi Baharu (DEB) ini bertujuan memastikan ia memenuhi keperluan dan aspirasi semua rakyat,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen, di sini hari ini.

Mohamed Azmin berkata DEB tidak akan digantikan sepenuhnya namun jika ada keperluan, dasar baharu akan diperkenalkan seiring dengan hala tuju baharu kerajaan PH.

Katanya perkara itu akan dilihat oleh Unit Perancang Ekonomi dan beliau berharap sebahagian daripada dasar baharu, jika perlu, akan diperkenalkan semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia (RMK) ke-11 pada November ini.

Katanya berbanding kajian separuh penggal RMK sebelum ini yang lazimnya melibatkan pembentangan penilaian dasar-dasar yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun RMK tersebut, kali ini kerajaan PH akan memperkenalkan dasar dan hala tuju baharu kerajaan.

Beliau turut memberi jaminan kajian semula DEB atau pelaksanaan dasar baharu akan tetap menjamin hak-hak bumiputera namun akan dilakukan secara lebih adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Ditanya mengenai objektif dasar baharu terbabit, Mohamed Azmin berkata cabaran terbesar kerajaan pada masa ini ialah untuk memulihkan semula keyakinan pelabur serta mengekalkan pelaburan langsung asing yang merupakan keutamaan kerajaan.

DEB diperkenalkan pada 1970 dengan tujuan membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat. – BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd