• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuti Hujung Minggu Mula Jumaat Perlu Kajian Menyeluruh

oleh
28/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERANTUT – Cadangan menukar cuti hujung minggu kepada Jumaat memerlukan kajian menyeluruh sebelum dapat dipertimbangkan, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda bertitah kajian dan tinjauan itu perlu melibatkan pelbagai pihak termasuk pelajar sekolah serta meliputi pelbagai agama yang akan tertakluk kepada perubahan itu.

“Saya perlukan masa untuk membuat tinjauan sebelum memberikan pendirian kerana kita tidak pernah membincangkan isu cuti Jumaat sebelum ini.

“Kalau melihat pada penerimaan di dewan (persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)) ada yang pro dan ada yang kontra…di situ sahaja juga sudah ada gambarannya,” titah baginda.

Baginda ditemui selepas berkenan berangkat ke Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang Tahun 2018 di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini, hari ini.

Tengku Abdullah bertitah demikian ketika diminta mengulas usul Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar semasa persidangan DUN pada Selasa, untuk menukar cuti hujung minggu bermula pada Jumaat, berbanding Sabtu dan Ahad yang dilaksanakan masa ini.

Rosli semasa itu berkata antara lain ia akan memudahkan umat Islam mengerjakan solat Jumaat selain dapat mewujudkan keharmonian kaum, jika terdapat pekerja Islam pulang ke pejabat agak lewat selepas solat.

Sementara itu, Tengku Abdullah dalam titah ucapannya menggesa anggota kerabat untuk terus membantu mereka yang memerlukan, selari dengan objektif penubuhan badan kebajikan itu pada 1981.

Baginda juga mengingatkan kerabat, termasuk dirinya, agar merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk kekuasaan dan kemewahan serta menjaga nama baik khususnya dalam dunia teknologi yang melibatkan penggunaan media sosial secara berleluasa.

“Saya tetap merendah diri dan akan mengasuh anak-anak untuk turut merendah diri… supaya mereka menjadi hamba kepada rakyat Pahang.

“Saya tidak suka dan akan ingatkan diri serta keluarga untuk tidak menunjuk-nunjuk dan jika ada yang berbuat demikian, saya tidak ragu-ragu untuk memperbetulkannya,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi 7 Agensi Ditutup

Next Post

Himpunan Kebangkitan Ummah Berlangsung Aman

Related Posts

Tengku Abdullah Sah Dimasyhurkan Sultan Pahang

12/01/2019
0

RASMI... Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah disahkkan bakal dilantik sebagai Sultan Pahang yang keenam bagi menggantikan ayahanda...

‘Daulat Tuanku!’ Cetus Spekulasi Sultan Pahang Baru

11/01/2019
0

DEBARAN... "Sama-sama," demikian reaksi spontan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada petugas media selepas menerima ucapan 'Tahniah...

Next Post

Himpunan Kebangkitan Ummah Berlangsung Aman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd