• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cohen Rakam Perbincangan Bayar Model ‘Playboy’

oleh Ahmad Albab
21/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Bekas peguam peribadi Presiden Donald Trump, Michael Cohen merakam perbualannya dengan Trump dua bulan sebelum pilihan raya 2016 yang membincangkan untuk membeli hak ke atas ‘cerita’ oleh bekas model Playboy yang didakwa menjalin hubungan sulit dengan Trump, kata seorang daripada peguam presiden itu semalam.

Peguam Rudy Giuliani berkata perbincangan di antara Trump dan Cohen itu tidak membabitkan sebarang dana kempen.

Menurut pakar perundangan, sekiranya dana kempen digunakan, ia boleh melanggar undang-undang pilihan raya persekutuan.

Giuliani mengesahkan perbualan yang berlaku pada September 2016 itu kepada Reuters tetapi ia membabitkan pembayaran ganti rugi syarikat induk tabloid National Enquirer untuk mendapatkan hak cerita McDougal. Bayaran itu tidak pernah dibuat, katanya.

Giuliani turut menafikan hubungan sulit Trump dengan McDougal. Beliau berkata pita itu akan menunjukkan penjelasan Trump bahawa jika ada pembayaran, ia perlu dilakukan dengan cek yang lebih mudah dikesan.

McDougal menjual kisahnya dengan harga AS$150,000 (RM583,574) pada Ogos 2016 tetapi ia tidak pernah diterbitkan oleh National Enquirer.

Pengerusi syarikat induk American Media Inc (AMI), David Pecker, adalah sahabat baik Trump.

McDougal berkata, beliau menjalin hubungan intim dengan Trump hampir setahun pada 2006 sejurus selepas isterinya, Melania, melahirkan. – Reuters/BH ONLINE

Tags: modelPeguam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd