• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CHANT Persoal Kerajaan P.Pinang Projek Lebuh Raya

oleh Cj Mnh
16/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Penang Citizens Awareness Chant group hari ini mempersoalkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang mengapa tidak ada perundingan awam bagi projek lebuh raya Pan Island Link 1 (PIL 1) yang dicadangkan.

Penasihatnya Yan Lee berkata Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) (Jadual Kedua) bagi projek tersebut yang dipamerkan kepada orang awam tidak mudah difahami kerana rakyat perlu menyemak kira-kira 800 muka surat.

Beliau berkata sebelum ini, kerajaan negeri mengadakan rundingan awam mengenai projek Penambakan Laut Pulau Pinang yang membolehkan rakyat mendapat penjelasan langsung daripada perunding mengenai projek itu dan ini harus terpakai bagi projek lebuh raya PIL 1 memandangkan banyak kawasan yang terlibat.

“Terangkan kepada rakyat, berkongsi dengan rakyat dan biarkan rakyat tahu apa yang sedang anda lakukan.Tidak ada apa yang disembunyikan. Kita adalah Malaysia baharu sekarang,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow pada sidang media Jumaat lepas berkata laporan EIA bagi projek lebuh raya PIL 1 kini dipamerkan kepada orang awam selama 30 hari dari 11 Julai hingga 10 Ogos.

Projek lebuh raya PIL 1 akan dilaksanakan di bawah fasa satu Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

PTMP ialah projek yang diusahakan oleh kerajaan negeri yang menelan kos dianggarkan RM46 bilion. Ia melibatkan pembinaan terowong bawah laut menghubungkan sebelah pulau dengan tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel serta perkhidmatan b s di sebelah pulau dan tanah besar.

Sementara itu, seorang penduduk di Jalan Utama (kawasan yang terlibat dengan projek itu), Dalbinder Singh yang turut hadir pada sidang media itu berharap kerajaan negeri dapat membuat satu rundingan yang lebih menyeluruh kepada rakyat terutamanya penduduk di kawasan terlibat.

Beliau berkata pihaknya tidak membantah usaha kerajaan negeri untuk menaik taraf sistem trafik di negeri itu sebaliknya mahukan penyelesaian yang lebih komprehensif dan menyeluruh seperti meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam.

“Trafik memang masalah di Pulau Pinang. Kerajaan negeri boleh melabur lebih banyak dalam pengangkutan awam. Pengangkutan awam ada potensi yang besar di Pulau Pinang terutamanya sistem bas. Jadi, saya rasa highway boleh tunggu (pembinaannya),” katanya. – BERNAMA

Tags: persoalprojek lebuhraya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRK Sg. Kandis: UMNO Perlu Letak Calon Tempatan

Next Post

Gerhana Bulan Penuh Paling Lama Abad Ke-21

Related Posts

Pejuang Persoal Istilah Lompat Parti Dalam Draf RUU Anti Lompat Parti

04/04/2022
0

ALOR SETAR - Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) mempersoal istilah ahli Parlimen yang dikategorikan sebagai melompat parti seperti terkandung dalam draf...

Tapak Projek Lebuh Raya Bukit Kukus Dikenal Pasti Risiko

23/10/2018
0

GEORGE TOWN - Projek pembinaan Lebuh Raya Berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini dikenal pasti sebagai berisiko...

Next Post

Gerhana Bulan Penuh Paling Lama Abad Ke-21

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd