Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

UMNO Terima Duit Haram?...

DARI FB NAJIBSAYA diberitahu propaganda JKOM hari ini untuk menyerang saya dan UMNO...

TRUSTED Custom Essay Paper...

TRUSTED Custom Essay Paper Writing Service OnlineLots of highschool aging adults goal about...

Pasaran Hartanah Kekal Mencabar

KUALA LUMPUR - Unjuran ke atas pasaran hartanah dijangkakan terus mencabar dengan bekalan...

Perlis Sokong Saranan Pasang...

KANGAR - Kerajaan negeri menyokong penuh saranan agar setiap masjid di negeri ini...

Cadangan Haram Tukang Masak Warga Asing Diteliti

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti semula cadangan mengharamkan pengambilan tukang masak warga asing di negara ini, berikutan bantahan daripada pemilik restoran tempatan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini

Menteri Tenaga Manusia,M. Kula Segaran berkata untuk tujuan itu kementeriannya kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk mengkaji dasar baharu dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing termasuk dalam bidang itu di negara ini.

“Saya dah buat cadangan kita beri peluang (kerja) kepada rakyat tempatan, tetapi ada banyak bantahan daripada (pemilik) restoran, (yang mengatakan) perubahan kepada dasar baharu tidak memberi masa untuk mereka mengatasi masalah kekurangan pekerja untuk diisi pekerja tempatan.

“Kita mahu ada dasar menang memang. Tidak ada dasar menyeluruh,” katanya pada sesi soal jawab.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Danyal Balagopal Abdullah (PH -Port Dickson) yang ingin tahu pendirian kerajaan mengenai tukang masak warga asing yang bekerja di negara ini.


Kula Segaran bagaimanapun menegaskan Malaysia harus berhenti daripada terlalu bergantung kepada pekerja asing, dan dasar baru amat diperlukan untuk membendung perkara itu.

Pada Jun lepas, Kula Segaran mengumumkan bahawa semua restoran yang menghidangkan makanan Malaysia hanya boleh mengupah penduduk tempatan sebagai tukang masak bermula 1 Jan tahun depan. – BERNAMA

Kategori