• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh 300 Ekor Buaya Sebagai ‘Balas Dendam’

oleh Ahmad Albab
17/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKUMPULAN penduduk sebuah kampung di wilayah Papua Barat membunuh hampir 300 ekor buaya di sebuah ladang ternakan sebagai balas dendam selepas seorang lelaki maut akibat terjatuh ke dalam kandang haiwan berkenaan.

Pihak berkuasa berkata, beratus-ratus penduduk kampung Aimas yang bersenjatakan pisau, parang dan cangkul masuk tanpa kebenaran ke ladang ternakan buaya itu pada Sabtu lalu selepas lelaki terbabit dikebumikan.

Mangsa, Sugito, 48, dilaporkan terjatuh ke dalam kandang buaya selepas masuk ke ladang itu bagi mengambil rumput untuk haiwan ternakannya.

Polis dan pegawai pemuliharaan haiwan berkata, Sugito maut selepas digigit pada bahagian kakinya, sebelum dilibas buaya dalam kandang berkenaan.

Ladang itu mendapat kebenaran untuk membiak buaya daripada spesies dilindungi untuk tujuan pemuliharaan dan komersial.

“Ahli keluarga Sugito dan penduduk tempatan yang marah kerana kedudukan ladang berhampiran dengan kawasan kediaman, berarak ke balai polis,” kata pihak berkuasa. – AFP/myMetro Online

Tags: BuayaPapua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

02/11/2025
0

Buaya Sesat Muncul di Jalan Raya Marina, Miri   MIRI: Pengguna jalan raya di kawasan Marina Fasa 1 di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd