• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LGBT Bertentangan Undang-Undang Malaysia

oleh Ahmad Albab
23/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak dibenarkan mengamalkan gaya hidup itu di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata perkara ini tertakluk mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii serta Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah pada peringkat negeri berkenaan perlakuan liwat, musahaqah (lesbian) dan lelaki berlagak seperti perempuan.

“Hak komuniti LGBT mengamalkan gaya hidup mereka masih tertakluk dengan undang-undang (yang) tidak membenarkan(nya) di Malaysia,” katanya bagi menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) yang ingin tahu tindakan kerajaan terhadap penularan budaya songsang itu yang semakin membimbangkan.

Dalam masa sama, Mujahid berkata golongan tersebut berhak menikmati hak sama rata sebagai warganegara dan tidak seharusnya didiskriminasi dalam sebarang bentuk termasuk di tempat kerja.

“Merujuk asas Perlembagaan Persekutuan, hak asasi manusia warganegaranya, yakni warganegara Malaysia sentiasa dipelihara berdasarkan acuan adat dan budaya di Malaysia serta kerangka Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Dengan kata lain tidak boleh ditindas, dianiaya dan dizalimi di tempat kerja. Statistik menunjukkan 80 peratus mak nyah terlibat dalam industri seks, kalau kita diskriminasi mereka di tempat kerja maka mereka akan terus berada dalam industri ini, sedangkan kerajaan Pakatan Harapan berhasrat mengeluarkan mereka daripada industri ini,” katanya.

Beliau juga berkata pihaknya melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memperkenalkan pelbagai program untuk mendekati dan memulihkan golongan itu melalui program sukarela, sekali gus membawa mereka kembali ke pangkuan masyarakat. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr. Mujahid Yusof RawaLGBT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

Parti Amanah Seru Melayu Tolak PAS, Dakwa Hanya Pentingkan Politik Sendiri 

Parti Amanah Seru Melayu Tolak PAS, Dakwa Hanya Pentingkan Politik Sendiri 

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kenyataan PAS tidak bersedia untuk menyertai 'Rumah Bangsa' anjuran Presiden UMNO menunjukkan parti itu tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd