• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Lelaki Maut Dipercayai Didera Ibu

oleh Ahmad Albab
10/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia dipercayai didera ibu kandungnya di Permatang Badak, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, ibu kandung mangsa berusia 29 tahun dikatakan membuat panggilan kecemasan menghubungi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, dan mendakwa anak lelakinya tidak sedarkan diri di rumah.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman, berkata satu ambulans dikejarkan ke rumah mangsa sebelum kanak-kanak lelaki itu dibawa ke HTAA bagi menerima rawatan.

“Ketika di rumahnya pasukan perubatan cuba membuat rawatan awal dan memberi bantuan pernafasan namun gagal sebelum kanak-kanak berkenaan dibawa ke HTAA. Sebaik tiba di HTAA mangsa disahkan meninggal dunia.

“Pemeriksaan fizikal dijalankan mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa anggota badan mangsa,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Program Kecemerlangan Kor Kadet Polis Pahang 2018, di sini, hari ini.

Rosli berkata, satu laporan polis turut dibuat pihak HTAA pada jam 3.48 petang bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Beliau berkata, suspek wanita terbabit kemudian ditahan di HTAA selepas panggilan dibuat pihak hospital.

“Ibu kandung mangsa akan direman hari ini untuk bantu siasatan…berdasarkan kesan kecederaan polis tidak menolak kemungkinan mangsa pernah didera.

“Siasatan awal mendapati mangsa adalah anak sulung suspek dan proses bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengetahui punca sebenar kematiannya,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BH ONLINE

Tags: kanak-kanakKes dera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd