Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Penangan Drama TV, Peminat...

MENDAPAT sambutan yang baik dari penonton drama bersiri Hero Seorang Cinderella, pelakon dan...

Keterlaluan Kaitkan Negaraku Dengan...

KUALA LUMPUR - Mengaitkan tindakan memainkan lagu Negaraku di panggung wayang dengan era...

Jalan Kaki Lebih 11,250km...

LANCASHIRE - Seorang lelaki bersama anjing peliharaannya berjalan kaki lebih 11,250 kilometer (km)...

Penyakit Kusta Catat Penurunan...

KUALA LUMPUR - Bilangan kes penyakit kusta mencatatkan penurunan bagi tempoh 2013 hingga...

Bomba Diarah Tingkat Pemantauan Pembakaran Terbuka

MARANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di setiap negeri diarah meningkatkan pemantauan terhadap aktiviti pembakaran terbuka bagi mengelak kes kebakaran hutan pada musim kemarau sekarang.

Ketua Pengarahnya, Mohammad Hamdan Wahid berkata negeri-negeri di Pantai Barat dan Sarawak khususnya, sedang mengalami musim kemarau agak panjang dengan suhu harian yang tinggi hingga membawa risiko berlaku kebakaran hutan seperti di Sarawak baru-baru ini.

“Sebab itu kita mempunyai perancangan khusus setiap tahun kerana apabila masuk musim kemarau akan berlaku dua krisis iaitu ‘water crisis’ dan satu lagi pembakaran terbuka yang sebabkan jerebu.

“Di Sarawak, banyak hutan simpan dan juga ladang-ladang besar seperti ladang kelapa sawit yang mungkin terlibat dalam pembakaran terbuka dan kita minta supaya mereka sentiasa berjaga-jaga,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2018 di Akademi Bomba dan Wilayah Malaysia Timur di sini hari ini.

Seramai 201 pelatih termasuk seorang pelatih wanita orang asli menerima sijil itu selepas menjalani latihan selama empat bulan setengah.

Mengenai siasatan kebakaran loji Kemaman Bitumen Company (KBC) pada 5 Julai, beliau berkata siasatan mungkin mengambil masa agak lama kerana banyak bahan bukti telah musnah dalam kebakaran itu.


Menurut beliau, pasukan forensic JBPM masih menganalisis punca kebakaran itu sebelum laporan penuh dapat dikemukakan kepada pihak yang berkenaan termasuk syarikat insurans dan sebagainya.

“Sekiranya ada unsur kecuaian kita akan melihat dari aspek undang-undang. Dalam JBPM ada Akta 341 Akta Perkhimatan Bomba 1988 dan juga akta serta piawaian lain yang berkaitan.

“Jika ada pelanggaran tersebut kita boleh ambil tindakan mengikut lunas undang-undang dan tindakan yang diambil tidak mengira mana-mana pihak,” katanya. — BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bomba

Kategori