• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Pernah Beri Amaran Jangan Ubah Sistem Cukai

oleh Cj Mnh
12/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menegaskan Barisan Nasional (BN) pernah memberi amaran terhadap bahaya perubahan sistem cukai secara sewenang-wenang yang boleh memberi kesan terhadap kos sara hidup rakyat.

Bekas Perdana Menteri berkata, harga barang tidak turun walaupun kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) disifarkan.

Beliau turut bimbang dengan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan diperluaskan September ini.

Ini kerana, katanya langkah itu akan memberi kesan terhadap harga barang yang dijangka mungkin jauh lebih tinggi berbanding sebelum GST disifarkan.

“Inilah bahaya apabila sistem cukai diubah sesuka hati dan BN pernah memberi amaran sebelum PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) mengenai ini.

“Ini sudah tentu memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat dan ini bertentangan dengan janji Pakatan Harapan (PH) yang memberi setinggi harapan untuk menurunkan kos sara hidup rakyat dalam manifesto mereka.

“Saya harap kerajaan PH akan buat sesuatu untuk memastikan kebimbangan ini tidak menjadi kenyataan,” katanya dalam entri terbaru di Facebooknya, hari ini.

Menerusi portal berita, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, penurunan harga barangan yang rendah menjadi punca rakyat masih belum merasai sepenuhnya pelaksanaan GST pada kadar sifar sejak 1 Jun lalu

Beliau dilaporkan berkata harga barangan dilihat kekal kerana penurunan harga hanya bermula dari 0.04 hingga 13 peratus dan membabitkan 70 peratus daripada 417 barangan basah, kering, keperluan bayi dan lain-lain.

Najib berkata, beliau terkejut dengan kenyataan menteri yang mengakui GST bukan sebab utama harga barang naik, biarpun ia menjadi modal dan tohmahan terhadap kerajaan pimpinannya sebelum PRU-14.

“Pada masa itu, PH tidak menerima jawapan kita malah mempersendakannya. Kini PH terpaksa menelan hakikat di sebalik tuduhan mereka sendiri,” katanya. – BH Online

Tags: amarancukai GST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PVATTBM Minta Tambah Baik Kebajikan

Next Post

Anggota JPJ Cedera Dilanggar Pelajar Lari Sekatan

Related Posts

Mahkamah Beri Amaran Keras, Tak Puas Hati Alasan Norjuma, Naikkan Wang Jaminan

Mahkamah Beri Amaran Keras, Tak Puas Hati Alasan Norjuma, Naikkan Wang Jaminan

26/07/2024
1

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memberi amaran kepada bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed, kerana gagal menghadirkan...

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

IRGC Beri Amaran Tindak Balas Lebih Besar

14/04/2024
0

TEHERAN - Ketua Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) memberi amaran bahawa Iran akan bertindak balas lebih tegas jika Israel...

Next Post

Anggota JPJ Cedera Dilanggar Pelajar Lari Sekatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd