• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Perlu Sedar Diri – Mohamad Hasan

oleh
24/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Barisan kepimpinan dan anggota BN diingatkan agar sedar diri berikutan parti itu bukan lagi kerajaan.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sehubungan itu kepimpinan dan anggota parti tidak perlu menjelaskan sebarang isu kepada rakyat kerana ia telah menjadi tanggungjawab kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelesaikannya.

“Apa sahaja isu yang timbul seperti kos sara hidup Felda, GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) biarlah kerajaan hari ini yang jawab.

“Kita ini ibarat kain putih, tiada isu lagi… kita sudah kalah, buatlah cara kalah dengan pandai membawa diri dan tidak menjadi cemuhan orang,” katanya ketika berucap pada majlis pengenalan calon BN Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di sini, malam ini.

Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan calon BN pilihan raya itu Datuk Lokman Noor Adam.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga pengarah pilihan raya kecil tersebut, menasihatkan seluruh jentera parti agar bekerja lebih keras dan terus bersama-sama berganding bahu bagi memenangi pilihan raya berkenaan.

Sementara itu, Annuar berkata BN tetap dengan pendirian untuk meletakkan calon parti itu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong akan datang.

Kerusi DUN Balakong kosong susulan kematian penyandang Ng Tien Chee dari DAP dalam satu kemalangan Khamis lepas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan urusan...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd