Tuesday, May 30, 2023

Creating liberating content

PM Akan Keluarkan Kenyataan...

GEORGE TOWN - Kenyataan rasmi mengenai dakwaan tujuh agensi di bawah Kementerian Kewangan...

Khabib Dalam Kelompok 10...

PARIS - Presiden UFC Dana White memuji Khabib Nurmagomedov antara 'atlet seni bela...

Kepimpinan Wanita Telah Lama...

KUALA KANGSAR - Pengundi di Parlimen Kuala Kangsar telah lama mengiktiraf wanita sebagai...

Penting Untuk Mempunyai ‘Darah...

SINGAPURA – Adalah penting untuk mempunyai pemimpin ‘darah muda’ yang bergandingan dengan generasi...

Binaan Purba Permatang Pasir Perlu Segera Dipulihara

KULIM – Sebuah candi purba yang dipercayai dibina pada abad ke-6 yang ditemui di Tapak Permatang Pasir, Kota Kuala Muda, dekat sini, perlu dibersihkan, dipulihara dan tidak ditinggalkan terbiar, kata seorang ahli Tamadun Melayu hari ini.

Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Zuliskandar Ramli berkata tindakan membersih dan memulihara candi itu perlu dilakukan segera .

Beliau berkata tindakan drastik perlu diambil bagi memastikan peninggalan sejarah purba itu terus terpelihara bagi membantu usaha penyelidik menakrifkan sejarah negeri Kedah dengan lebih tepat.

“Memang ada usaha untuk membersihkan kawasan tersebut terutamanya oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) secara berkala, namun ia dikekang oleh pelbagai faktor termasuk bajet di mana peruntukan ‘one off’ (diberi hanya sekali) sebelum ini oleh kerajaan telah dihentikan.

“Walau bagaimanapun, JWN kini sedang berusaha mendapatkan peruntukan untuk menyelenggara tapak ini terutama selepas ia digazetkan sebagai Tapak Warisan di bawah Akta Warisan 2005 (Akta 645),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Tapak Permatang Pasir yang juga dikenali sebagai “Tapak 31” itu pertama kalinya diteliti oleh penyelidik sejarah, Quaritch-Wales dan Dorothy Wales pada 1947 dengan menemukan dua bongkahan batu laterit yang mempunyai lubang di bahagian atasnya .

“Apa yang menarik, binaan candi tersebut dibina dengan menggunakan batu laterit berdasarkan sekitar kawasan tersebut dominan dengan jumpaan batu jenis tersebut dalam keluasan 5.79 meter persegi (19 kaki persegi).

“Penemuan ini ditafsirkan sebagai pelapik tiang yang ditemui di sebelah barat seolah-olah di bahagian pintu masuk candi iaitu bahagian serambi. Manakala cari gali bahagian Vimana telah menemukan sebuah lagi batu persegi empat yang berukuran 0.737 meter yang mempunyai lubang berbentuk segi empat,” katanya.

Zuliskandar berkata jika tapak itu terus terbiar dibimbangi kesan-kesan sejarah di kawasan tersebut malah sekitarnya akan turut tenggelam oleh pembangunan, belukar atau sampah.

“Penemuan tapak ini sangat signifikan kepada sejarah awal peradapan masyarakat di sekitar Lembangan Sungai Muda yang pernah menjadi salah satu jeti perdagangan di Sungai Muda selain di Sungai Mas memandangkan penemuan artifak turut membuktikan kawasan tersebut pernah menjadi laluan perdagangan aktif dari Arab, Parsi, China dan India,” katanya.


Beliau berkata kajian terkini yang dilakukan oleh ATMA telah mendedahkan puluhan seramik yang diperbuat dari China terkeluar ke permukaan tanah selepas kawasan bersebelahan Tapak Permatang Pasir dijadikan tanah wakaf perkuburan.

Penemuan itu juga mampu memberi interpretasi baru kepada persekitaran candi tersebut dan menguatkan dakwaan bahawa kawasan candi itu berkemungkinan sebuah pangkalan sokongan bagi pelabuhan di Sungai Mas yang berfungsi dari abad ke-7 hingga ke-13.

Lebih utama, kewujudan seramik zaman Dinasti Tang serta jumpaan arca tembaga Buddha dan arca teratai yang diperbuat daripada tembaga yang memberi gambaran seperti Avalokitesvera ataupun ciri Dewi Tara menguatkan lagi bahawa candi itu adalah untuk kegunaan agama Buddha.

“Tiada jumpaan lain yang boleh mengaitkan candi tersebut adalah berunsur Hindu seperti mana yang sering dijumpai di kawasan lain dan wujud pada candi Hindu dan sekali gus memberi gambaran tentang perkembangan Buddha Mahayana yang telah tersebar di Lembah Bujang turut  bertapak di kawasan tersebut,” katanya.

Untuk itu, beliau berharap satu tindakan segera diambil termasuk oleh masyarakat setempat untuk mengambil tanggungjawab dalam memastikan tapak purba tersebut terpelihara.

“Kita harap sangat penduduk setempat ambil inisiatif dengan membantu membersihkan dan menjaga kawasan bersejarah itu malah tapak-tapak lain yang dikenal pasti di kawasan mereka.

“Ini penting sebab sekali artifak ini musnah dan lenyap, kita akan kehilangan cebisan-cebisan maklumat penting mengenai sejarah di tempat tersebut terutama di Kedah di mana ia merupakan negeri tertua di negara ini yang menyimpan pelbagai kisah yang masih belum terbongkar,” katanya. – BERNAMA

Kategori