Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Dr. Mohamad Khir Toyo...

KUALA LUMPUR - Bekas menteri besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini...

Ribuan Rakyat AS Protes...

BERIBU-RIBU penduduk mengadakan tunjuk perasaan jalanan di beberapa bandar raya Amerika Syarikat (AS)...

Ed Sheeran Dedah Harry...

ED Sheeran yang merupakan rakan baik ahli kumpulan One Direction Harry Styles mendedahkan,...

Pekerja Kilang Beras Maut...

SUNGAI PETANI - Seorang pekerja kilang beras maut digilis sebuah lori ketika dalam...

Bimbang Tak Mampu Tampung Permintaan Kasut Hitam

KUALA LUMPUR – Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) hari ini melahirkan kebimbangan kemungkinan peruncit dan pengeluar di negara ini tidak mampu menampung permintaan terhadap kasut hitam susulan dasar baharu melibatkan pelajar sekolah yang diumumkan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Sehubungan itu, Presidennya, James Loke memohon agar kementerian berkenaan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak berkepentingan sebelum menguatkuasakan dasar baharu tersebut.

Bercakap pada sidang media di sini, beliau berkata ini kerana pengeluar memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun untuk merancang pengeluaran bagi tahun berikutnya.

Menurutnya MRA bersedia bekerjasama rapat dengan kementerian berkenaan serta berkongsi pandangan dan saranan mengenai dasar peruncitan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin yang turut hadir berkata dasar tersebut perlu dinyatakan secara bertulis kepada pihak industri bagi memudahkan pemain merancang langkah seterusnya.

“Kami sentiasa menyokong kerajaan dalam apa juga keputusan yang dibuat namun dalam isu ini sebaiknya menteri mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak berkepentingan termasuk persatuan ibu bapa dan guru.

“Sebaik sahaja semua pihak bersetuju, kementerian boleh keluarkan kenyataan bertulis kepada industri agar kami tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya… (sekarang) kami tidak tahu adakah ini kenyataan rasmi atau tidak. Kami mungkin mula membuat tempahan kasut hitam esok,” Ameer Ali yang juga Anggota Majlis MRA.


Pada masa sama beliau berkata pihak industri juga perlu menanggung kos yang besar memandangkan tempahan kasut putih untuk tahun depan sudahpun siap.

“Kerajaan akan kerugian dari segi cukai jika pihak industri kerugian,” katanya.

Khamis lepas, Maszlee mengumumkan semua pelajar akan menggunakan kasut hitam ke sekolah bermula sesi persekolahan tahun depan, satu keputusan yang dibuat susulan permintaan daripada ibu bapa yang diterimanya sejak menjawat jawatan menteri pendidikan.

Pada Sabtu, Maszlee dilaporkan berkata tempoh kelonggaran selama setahun akan diberikan kepada semua pihak berhubung pelaksanaan pemakaian kasut hitam berkenaan. – BERNAMA

Kategori