Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

NAZA TTDI Labur RM20...

KUALA LUMPUR - Naza TTDI Sdn Bhd (Naza) akan melabur RM20 juta bagi...

#CintaLokasi: Promosi Drama Bodoh...

SEKARANG trend memperbodohkan peminat memasuki era baru melalui strategi promosi #CintaLokasi. Apabila drama bersiri...

Jambatan Runtuh Di India,...

NEW DELHI - Dua terbunuh manakala 30 lagi hilang selepas sebuah jambatan runtuh...

Merajuk Terjun Apartmen Suami...

Jiaozuo (China) - Gara-gara merajuk kerana suaminya enggan memasak mi, seorang wanita mengancam...

‘Big-Ticket Items’ Dikecuali SST Masih Cadangan

KUALA LUMPUR – Senarai barangan dikecualikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dimuat naik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) termasuk “big-ticket items” iaitu barangan mahal dan mewah masih dalam peringkat cadangan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, senarai cadangan berkenaan adalah terbuka kepada maklum balas orang awam sama ada perlu atau tidak untuk memasukkan atau menggugurkan mana-mana item daripada senarai barangan dikecualikan daripada SST.

“Walaupun senarai yang dikeluarkan oleh JKDM hanya cadangan, namun Kementerian Kewangan berpandangan adalah perlu bahawa barangan mahal yang juga mewah iaitu big-ticket items haruslah dimasukkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, antara barangan mahal dan mewah yang tersenarai untuk pengecualian ialah seperti kapal terbang, kapal mewah, feri penumpang, helikopter, kapal angkasa dan peralatan luncur salji.

Semalam, semasa sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, Lim berkata SST hanya akan merangkumi 38 peratus daripada kumpulan barangan Indeks Harga Pengguna (IHP) berbanding 60 peratus mengikut Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).


Beliau juga berkata SST akan “mengembalikan” RM23 bilion jumlah kutipan cukai kepada rakyat sekali gus mengurangkan beban kewangan khususnya mereka yang terkesan ekoran kos sara hidup tinggi. – BERNAMA

Kategori