• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bicara Tangguh Lagi, Tertuduh Masuk Hospital

oleh
27/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais di Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditangguhkan sehingga Isnin depan kerana tertuduh ketujuh yang sepatutnya menyambung keterangan dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan.

Peguam V. Rajehgopal yang mewakili tertuduh S. Ravi Chandaran, 47, saksi pembelaan keenam berkata perbicaraan kes itu yang sepatutnya bermula pukul 2.45 petang hari ini, ditangguhkan kerana anak guamnya dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur.

“Saya difahamkan tertuduh dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatan… dia menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dia diarah dibawa ke Klinik Kesihatan Tanglin untuk rawatan tetapi pihak klinik meminta merujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

“Saya tidak pasti berapa lama tertuduh akan ditahan di hospital. Apa-apa pun, perbicaraan kes ini akan bersambung Isnin depan seperti yang ditetapkan sebelum ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Terdahulu, Hakim Datuk Azman Abdullah mengarahkan pihak polis mengiringi Ravi Chandaran yang merupakan saksi pembelaan terakhir dalam perbicaraan kes tersebut ke Hospital Tanglin di sini bagi menjalani pemeriksaan kesihatan selepas tertuduh mengadu pening kerana dia tidak diberi ubat sejak beberapa hari.

“Bawa tertuduh ke klinik terdekat (Klinik Kesihatan Tanglin) untuk rawatan bagi mengesahkan sama ada dia cukup sihat untuk memberi keterangan. Selepas rawatan kembali ke mahkamah, nanti kita tengok macam mana,” kata Hakim itu ketika prosiding kes yang masuk hari ke-17.

Terdahulu, selepas mengangkat sumpah, Ravi Chandran memaklumkan dia boleh memberi keterangan tetapi mengadu dia rasa pening.

“Saya masih rasa pening-pening,” katanya dalam bahasa Tamil yang diterjemahkan oleh jurubahasa mahkamah.

Semalam, perbicaraan kes itu ditangguhkan kerana Ravi Chandran enggan memberi keterangan disebabkan pemikirannya tidak stabil akibat tidak cukup tidur dan tidak diberi makanan di penjara selepas dia balik dari mahkamah.

R.Dinishwaran, A.K. Thinesh Kumar, M.Vishwanath; S.Nimalan, Ravi Chandaran, dan doktor tentera Kolonel Dr R. Kunaseegaran, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dinishwaran, 26; Thinesh Kumar, 25; Vishwanath, 28; Nimalan dan Ravi Chandaran, diwakili peguam Rajehgopal manakala Dr Kunaseegaran, 55, diwakili peguam Datuk N.Sivananthan dan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung Isnin depan. – BERNAMA

Tags: Anthony Kevin Morais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Sekali Lagi Tanya Kit Siang Mana Pendrive?

30/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut veteran DAP, Lim Kit Siang mengemukakan pendrive yang sebelum...

Saya Ditawar RM1.5 Juta Jika Mengaku Bunuh Kevin Morais

27/08/2018
0

KUALA LUMPUR — “Saya ditawarkan wang RM1.5 juta jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais,”, dedah tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd