• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Wartawan Jual Pokok Langsai Hutang

oleh Cj Mnh
27/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKAN ingin mengemis, jauh sekali raih simpati, tetapi bekas editor berita TV3, Mohd Khaidir Ahmad kini terpaksa perhebat promosi jualan pokok yang jadi sumber rezeki untuk meneruskan hidup.

Menganggap dirinya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, keperitan hidupnya bermula apabila mengalami kerugian hampir RM2 juta selepas banjir besar menenggelamkan rumah dan sangkar ikan yang diusahakannya di Temerloh, Pahang pada 2014.

Baru ingin bertatih semula dengan membuat pembiayaan pinjaman berjumlah RM250,000 daripada Agrobank untuk membina projek sangkar ikan baharu, Khaidir mendakwa impiannya musnah apabila terpaksa memberi laluan kepada projek pam pasir oleh Pejabat Tanah Daerah Temerloh.

Kini, beliau dalam kesusahan kerana terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 dan kos RM10,000 kepada penolong pentadbir tanah Temerloh setelah gagal dalam kes saman fitnah pada April tahun lalu.

Ia berikutan tindakannya membuat kritikan terbuka terhadap Pejabat Tanah Daerah Temerloh yang mengeluarkan notis untuk memusnahkan sangkar ternakan ikan di Sungai Pahang melalui posting di laman Facebook.

Beliau yang juga bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang dan Parlimen Temerloh kehilangan deposit sebanyak RM5,000 dan RM10,000 pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

“Saya mengiklankan perniagaan jual pokok ini dan meminta bantuan daripada mereka yang prihatin untuk memulihkan semula kehidupan.

“Saya tidak mahu terima derma atau meminta-minta daripada orang, tapi biarlah saya cari rezeki dengan cara bermaruah,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Selain terpaksa membayar ganti rugi tersebut, Khaidir juga perlu membayar ansuran pinjaman sebanyak RM5,000 sebulan kepada pihak bank biarpun projek ikan sangkar itu tiada di depan mata.

Beliau bagaimanapun terharu dengan rakan-rakan wartawan yang tidak pernah melupakannya dan kadangkala menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan bebannya.

Tambahnya, beliau juga terpaksa mengemis hampir RM50,000 daripada beberapa penghutang yang membeli pokok-pokoknya tetapi gagal membuat bayaran penuh.

“Dengan hasil duit jual pokok inilah saya nak tanggung anak isteri dan sanggup menjelajah seluruh Semenanjung untuk menghantar pokok kepada pelanggan.

“Bantuan seperti ini bukan sahaja membantu saya dan keluarga untuk membayar saman, tetapi memulihkan perniagaan dan kehidupan masa depan,” ujarnya.

Julat harga bagi sebatang anak pokok di Hybrid Nursery adalah serendah RM25 hingga RM200.

Bagi mereka yang berminat boleh membuat pesanan di talian 013-928 8288 atau berkunjung ke nurseri beliau yang terletak di Kampung Durian Tikus, Temerloh. – Mstar

Tags: jual pokokwartawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 124 wartawan dan petugas media terbunuh sepanjang tahun 2024, menjadikannya tahun paling berdarah sejak Jawatankuasa Melindungi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd