• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pekerja Pos Didakwa Terima Suapan

oleh Ahmad Albab
13/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang bekas pekerja Pos Malaysia dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM5,000 bagi membantu mempercepatkan proses pembetulan maklumat kematian seorang lelaki, dua tahun lepas.

Abu Noor Abu Samah, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Tertuduh didakwa menerima sekeping cek Bank Islam Malaysia Bhd bernilai RM5,000 daripada Jamilah Mohd sebagai dorongan kononnya membantu mempercepatkan proses pembetulan maklumat pada sijil kematian atas nama Abu Bakar S.M Ashmouni, nombor Kad Pengenalan 390414-71-5185 kepada Abu Bakar Sulaiman Ashmouni, nombor Kad Pengenalan 351206-71-5007.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 5 Feb 2016, kira-kira 9.39 malam di Hong Leong Islamic Bank, Jalan Ampuan Zabedah di sini mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Hakim Rozilah menetapkan 16 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Mohd Firdaus Abu Hanifah mencadangkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM25,000 memandangkan jika tertuduh didapati bersalah dia boleh dihukum denda minimum RM25,000.

Peguam bela tertuduh, Datuk Hanif Hassan bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan wang ikat jamin yang rendah berikutan anak guamnya tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Semalam, Abu Noor turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima rasuah dan dikenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan, selain perlu menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah. – BERNAMA

Tags: pekerjaPos Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

Polis Terima Laporan Dakwaan Salah Guna Dana RM700 Juta Kerajaan Terdahulu

Kebakaran Gudang Simpan Perkakas, Dua Pekerja Cedera

30/12/2023
15

PERMATANG PAUH: Dua pekerja gudang perkakas cedera termasuk seorang melecur sehingga 70 peratus selepas premis tempat mereka bekerja terbakar dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd