• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Kejam Tembak Mati Dua Anak Kandung

oleh
09/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki menembak mati anak lelaki dan perempuannya di rumah mereka di Sydney sebelum membunuh diri dalam kes bunuh dan bunuh diri yang sudah dirancang, kata polis hari ini.

Pembunuhan itu berlaku dua bulan selepas seorang datuk menembak mati isteri, anak perempuan dan tiga cucunya dalam kes bunuh dan bunuh diri beramai-ramai di negeri Western Australia.

Polis berkata, mayat remaja lelaki, 15 dan adik perempuannya, 13, ditemui di rumah mereka semalam selepas jiran melaporkan terdengar bunyi tembakan.

Mayat bapa mereka, yang dinamakan media sebagai John Edwards, 68, ditemui di rumah lain yang terletak berhampiran hari ini.

Dua senjata juga ditemui.

Pemangku Penolong Pesuruhjaya Polis New South Wales, Brett McFadden, memberitahu wartawan lelaki berkenaan sudah merancang pembunuhan itu, menggunakan senjata api yang dimiliki secara sah.

Lelaki itu dan bekas isterinya, 36, masing-masing berebut hak penjagaan anak sejak dua tahun lalu, kata McFadden.

Nenek remaja berkenaan memberitahu akhbar The Daily Telegraph anak lelakinya ‘suka memencilkan diri’ dan ‘menjadi pendiam’ selepas bersara dan keluarganya terpisah.

Undang-undang senjata ketat di Australia, selepas 35 ditembak mati dengan senjata separuh automatik di negeri Tasmania pada 1996. – AFP

Tags: Bapabunuh anakSydney
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd