• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awan Berbentuk Topi Di Gunung Kinabalu Fenomena Biasa

oleh Cj Mnh
23/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pembentukan awan lentikular yang menyerupai kanta atau topi yang berlaku di puncak Gunung Kinabalu pagi semalam adalah fenomena biasa yang lazimnya terbentuk di sekitar gunung atau bukit.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Sabah, berkata awan lentikular terbentuk akibat aliran udara lembap yang melalui penghalang seperti pergunungan hingga menyebabkan terjadinya pusaran yang membentuk awan berkenaan.

“Di sekitar kawasan pembentukan awan ini kegeloraan angin agak kuat dan kencang. Lazimnya, keadaan ini berbahaya kepada pesawat yang melalui kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, ini adalah perkara biasa jika ada angin kencang dan ia tidak dikaitkan dengan mana-mana cuaca buruk. Ia seperti awan biasa cuma bentuknya seperti kanta,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Awan lentikular atau `lenticular clouds‘ adalah sejenis awan unik yang lazimnya terbentuk di sekitar bukit dan gunung akibat daripada hasil pergerakan udara di kawasan pergunungan.

Awan itu berbentuk seperti piring terbang raksasa atau sesuatu mirip seakan-akan ‘pancake‘.

Semalam, pembentukan awan lentikular di Gunung Kinabalu menjadi tumpuan khususnya orang ramai yang berada di sekitar Kundasang dan Pekan Nabalu, selain Kota Belud yang dapat melihat awan itu dengan jelas.

Ia turut viral di media sosial apabila mendapat perkongsian yang begitu banyak.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Junaydie Sihan, berkata pembentukan awan itu adalah fenomena biasa.

“Orang sini panggil awan itu sebagai sirung nabalu atau sigar nabalu (topi tradisional) berdasarkan bentuknya menyerupai penutup kepala (topi) tradisional masyarakat Kadazandusun.

“Bagaimanapun, bagi penduduk sekitar Kundasang dan Pekan Nabalu, kejadian itu adalah tanda-tanda akan berlaku kemarau,” katanya. – BH Online

Tags: awanGunung Kinabalu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kira-Kira 40,000 Tan Sampah Diurus Dalam 10 Hari Di Makkah

Next Post

LGBT Bertentangan Undang-Undang Malaysia

Related Posts

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

Suhu Bawah Paras Beku Di Puncak Kinabalu

Suhu Bawah Paras Beku Di Puncak Kinabalu

08/04/2023
0

KOTA KINABALU: Kawasan puncak Gunung Kinabalu dilaporkan mencatat suhu di bawah paras beku dengan bacaan antara negatif tiga hingga negatif...

Next Post

LGBT Bertentangan Undang-Undang Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd