• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asyik Main Video, Polis ‘Angkut’ Murid Ponteng 53 Hari

oleh Cj Mnh
19/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Akibat terlalu obses dengan permainan video, seorang budak lelaki berusia 12 tahun dikatakan poteng sekolah selama 53 hari hingga terpaksa menerima tetamu tidak diundang.

Murid Tahun Enam itu didakwa bermain permainan video sehingga lewat malam dan ibu bapanya tidak sampai hati untuk mengejutkannya bangun pagi untuk ke sekolah.

Buntu dengan situasi yang berlaku ke atas murid tersebut, pihak sekolah mengambil tindakan meminta pihak polis menjemputnya di rumah, iaitu antara beberapa prosedur operasi standard (SOP) untuk menangani kes seperti itu.

Posting mengenai murid berkenaan yang tular di media sosial dan grup WhatsApp serta Telegram dikaitkan dengan pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Keramat, Kuala Lumpur.

Bagi mengesahkan mengenai kejadian tersebut, mStar Online mendapatkan kepastian pihak sekolah berkenaan.

Bagaimanapun seorang guru, Maryumi Abdul Razak menolak kejadian tersebut berlaku di sekolah berkenaan.

Jelasnya, wujud salah faham mengenai maklumat yang mengaitkan murid berkenaan bersekolah di SK Lembah Keramat.

“Sebenarnya info mengenai murid ini kami perolehi di grup WhatsApp guru-guru.

“Namun, apabila ada pihak yang mengongsikannya ke aplikasi pesanan Telegram dan tertera nama sekolah kami, ia telah menyebabkan kekeliruan berlaku,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Jelas guru subjek Sains tersebut, pihak sekolah juga tidak mengetahui tentang lokasi sebenar kejadian itu.

“Apa yang saya boleh katakan, kejadian seperti ini tidak mustahil berlaku. Memang ada murid yang tidak hadir ke sekolah sehingga lebih 50 hari.

“Selepas nama sekolah kami dikaitkan, pihak pentadbir telah menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah untuk menjawab mengenai isu ini,” jelas Maryumi.

Dalam pada itu, guru terbabit meminta agar pihak luar tidak memuat naik maklumat yang tidak pasti asal usulnya ke media sosial bagi mengelak berlaku salah faham. – Mstar

Tags: Permainan Videoponteng sekolah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Raja Muda Perlis Pelawa Masyarakat Bukan Islam Ke Masjid

Next Post

6 Ditahan Kes Rogol Pelancong Rusia

Related Posts

Dua Beradik Ponteng Sekolah, Kerja 12 Jam Sehari Undang Simpati

Dua Beradik Ponteng Sekolah, Kerja 12 Jam Sehari Undang Simpati

22/06/2023
0

PETALING JAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) digesa segera membela nasib dua beradik yang didakwa telah dipaksa bekerja 12 jam...

PS5 Sony Akan Dilancarkan November Ini

17/09/2020
0

SAN FRANCISCO - PlayStation 5 (PS5) Sony yang dinanti-nantikan 'penggemar permainan video' akan dilancarkan pada November ini. Ia sekali gus...

Next Post

6 Ditahan Kes Rogol Pelancong Rusia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd