Sample Page Title

UNIK… Jika dahulu, askar dikerah buru pengganas komunis di hutan yang ancam keselamatan negara sejak zaman darurat 1940-an sehingga Parti Komunis Malaya letak senjata pada 1989 lalu.

Ramai maut termasuk polis dibunuh kejam ketika berjuang lawan pemberontak fahaman Marxist itu yang mahu mewujudkan kerajaan republik komunis menggantikan sistem demokrasi berparlimen raja berperlembagaan.

Itu cerita zaman dulu yang tentunya tidak dirasai sendiri generasi muda dapat hidup selesa ketika anggota pasukan keselamatan ‘bersengkang mata’ tetap gigih mengawasi keamanan daripada ancaman anasir subversif militan.

Namun, ramai netizen dilaporkan terkejut apabila tular satu rakaman video secara amatur yang jelas menunjukkan sekumpulan askar berlatih kawad jenis Goose Step atau langkah angsa seperti gaya lazim tentera di negara komunis.

Arahan formasi kawad baharu itu berdasarkan pekeliling Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertarikh 18 Julai lalu yang turut mendedahkan ia disuarakan oleh pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) sendiri kepada Panglima ATM.


Latihan kawad itu yang diadakan di sebuah kem di Port Dickson, Negeri Sembilan berlangsung dari 23 Julai hingga 4 Ogos depan melibatkan tiga jenis pakaian dan anggota terlibat kajian berkenaan turut meliputi perajurit wanita.

Untuk rekod, Goose Step diperkenalkan Jerman pada abad ke-18 sebelum berkembang ke Rusia dan lebih 70 negara komunis di seluruh dunia awal kurun ke-20. Gaya kaki keras ini sering dirujuk sebagai kawad rejim tentera Nazi.

Ramai netizen dilaporkan kesal dengan corak kawad tersebut seolah-olah ATM kini ‘dipengaruhi’ unsur askar negara komunis sedikit demi sedikit di bawah menteri dan timbalan menteri baharu dari kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ada mendakwa bahawa jika demonstrasi kawad itu diterima Panglima ATM, buat julung kali dalam sejarah, rakyat bakal saksikan askar berarak gaya Goose Step ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-61 di ibu kota pada 31 Ogos ini.

Tidak kurang juga pertikai langkah pelik ATM mahu guna formasi kawad itu sebagai cuba hina jasa bekas askar dan polis yang masih lagi hidup selain keluarga mereka derita akibat pemberontakan jahat komunis. – Mynewshub.TV

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...