• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Terengganu Tahan 2 Bot Nelayan Vietnam

oleh Cj Mnh
30/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan dua bot nelayan Vietnam bersama 34 awak-awak yang menceroboh perairan negara semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Komander Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata tangkapan pertama dilakukan pada 6.40 pagi manakala tangkapan kedua pada 2.20 petang di lokasi antara 58.9 dan 125.8 batu nautika iaitu berhampiran pelantar minyak Guntung.

“Tangkapan dibuat oleh KM (Kapal Maritim) Segantang melalui Ops Iman ketika bot-bot tersebut sedang menunda pukat di kawasan berdekatan pelantar minyak Guntung,” katanya pada sidang media di Pejabat APMM Negeri Terengganu, di sini hari ini.

Katanya dalam tangkapan pertama, KM Segantang mengejar bot berkenaan selama dua jam, sewaktu cubaan melarikan diri ​​​​​walaupun selepas diarahkan berhenti, malah mereka juga bertindak agresif dengan menghimpit kapal APMM bagi mengelak ditahan.

Hasil rampasan termasuk bot, 12 tan hasil tangkapan, 12,000 liter diesel dan peralatan menangkap ikan dianggarkan bernilai RM3.5 juta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran yang sah daripada Pengarah Perikanan Malaysia, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai pengenalan diri dan permit kerja yang sah serta Seksyen 14(3)(b) Akta Perikanan 1985 kerana memalsukan dokumen bot.

Mengulas lanjut, Muhammad Suffi berkata jumlah tangkapan bagi kes seperti itu di Terengganu sejak Januari sehingga hari ini ialah sebanyak 32 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM48 juta.

Jumlah itu merangkumi kes tangkapan bot nelayan asing yang menggunakan nombor pendaftaran bot tempatan, bot kargo dan bot nelayan tempatan yang dilucut hak.

“Sekarang ini pihak kami sedang menjalankan risikan dan siasatan bagi membanteras kegiatan jualan hasil laut oleh nelayan tempatan kepada nelayan asing secara terus di laut dan insya-Allah jika semuanya berjalan lancar tangkapan akan dapat dilakukan tidak lama lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMMnelayan Vietnam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd