Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

32 Laluan Baharu MyBas...

IPOH - Sebanyak 32 laluan baharu perkhidmatan bas henti-henti MyBas akan dilaksanakan di...

Lama Simpan Hasrat Buat...

BARU sahaja seminggu memasuki bulan Ramadan, penyanyi Aiman tino kini sudah menghadiahkan kepada...

KKM Beli Molnupiravir Rawat...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menandatangani surat akujanji (Letter of Undertaking)...

7 Maut, 25 Hilang...

MOSCOW - Tujuh maut dan kira-kira 25 orang dilaporkan hilang selepas sebuah pusat...

ANGKASA Sasar Tubuh Koperasi Permotoran

SHAH ALAM – Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (ANGKASA) menyasarkan sebuah koperasi permotoran dengan sekurang-kurangnya 5,000 anggota, akan dibuka menjelang akhir tahun ini.

Presiden ANGKASA Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata ia berikutan terdapat kelab permotoran di negara ini yang berminat untuk menubuhkan koperasi untuk manfaat anggota kelab berkenaan.

“Ini satu permulaan yang positif, seperti Kelab Permotoran Raiders Malaysia yang mempunyai 3,000 hingga 5,000 ahli, kelab ini memaklumkan kepada saya yang mereka berminat untuk menubuhkan koperasi mereka sendiri.

“Sudah tentu saya mengalu-alukan perkara ini dan memberi jaminan bahawa ANGKASA akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar termasuk membantu mendaftarkan koperasi mereka di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia ,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran Rakan Sukarelawan Koperasi Malaysia anjuran Angkasa, Kelab Permotoran Raiders Malaysia dan Kelab RTM Bikers malam tadi.

Abdul Fattah berkata pihaknya melihat kewujudan koperasi permotoran itu bukan sahaja dapat memberi kelebihan kepada anggotanya tetapi juga untuk industri permotoran di Malaysia.


“Dengan wujudnya koperasi itu, secara tidak langsung ahli akan mendapat pulangan balik apabila pelbagai aktiviti ekonomi dapat dijalankan.

“Ini termasuklah dengan membuka premis perniagaan menjual motosikal berkuasa tinggi dan pusat membaiki motosikal, yang mana pastinya akan dapat menawarkan harga lebih berpatutan kepada ahli kerana ia dikendalikan oleh organisasi mereka sendiri,” katanya.

Tambahnya, ANGKASA berharap lebih banyak kelab permotoran di negara ini mengambil inisiatif yang sama dengan menubuhkan koperasi masing-masing atau menyertai koperasi permotoran yang akan diwujudkan itu.- BERNAMA

Kategori